Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ethereum mencapai saluran penurunan

parent
Analisis Kripto:::2022-01-26T01:00:09

Ethereum mencapai saluran penurunan

Ethereum didagangkan pada paras 2,445 sewaktu penulisan artikel ini jauh melebihi paras rendah semalam iaitu 2,160. Pasnagan mata wang ETH/USD meningkat sebanyak 14.37% daripada 2,160 ke paras tinggi harian 2,470.35. Namun, secara teknikalnya, ini mungkin hanya lantunan harga sementara kerana tekanan kekal tinggi.

Lantunan semula pasangan mata wang BTC/USD membantu harga Ethereum untuk mula meningkat juga. Hanya corak kenaikan harga utama yang benar-benar boleh mengumumkan bahawa pasangan mata wang ETH/USD cenderung untuk membangunkan ayunan yang lebih besar dan lebih tinggi. Arus ini melantun semula menjadi hanya sementara. Penjual boleh menangkap momentum penurunan harga baharu apabila lonjakan ini tamat.

Lantunan semula pasangan mata wang ETH/USD!

Ethereum mencapai saluran penurunan

Seperti yang anda boleh lihat pada carta 4 Jam, pasangan mata wang ETH/USD mendapat sokongan tepat pada garis bawah saluran menurun dan kini ia cuba untuk kembali lebih tinggi. Malangnya, selagi ia kekal diniagakan di bawah paras 2,655, kecenderungan pasaran kekal menurun. Tahap ini mewakili rintangan statik.

Pergerakan mendatar yang kuat atau corak kenaikkan boleh menawarkan isyarat lantunan kuat ke arah garisan atas saluran. Dalam dagangan jangka pendek, setelah gagal menembusi S1 mingguan (2,107.87), ETH/USD berkemungkinan akan menghampiri dan mencapai tahap pivot mingguan (2,732.88).

Ramalan dagangan untuk pasangan mata wang ETH/USD!

Ethereum berpotensi untuk melantun semula selepas mencapai sokongan saluran. 2,655.05 dilihat sebagai rintangan segera. Secara peribadi, saya mahu melihat pengumpulan yang kuat atau penembusan harga palsu baharu di bawah paras sokongan segera sebelum membentuk penurunan yang kuat.

Lantunan sementara boleh membantu penjual mencatatkan pergerakan menurun baharu daripada sekitar 2,655 dan jika kadar itu membuat penembusan palsu di atas tahap pivot mingguan (2,732).

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...