Pada hari ini, mata wang dolar Australia didagangkan dengan arah aliran menaik selepas beberapa hari mengalami kemerosotan yang berlanjutan. Sebagaimana yang anda boleh lihat pada carta, pasangan mata wang ini telah menutupi jurang sepenuhnya dan ia telah berakhir pada akhir Disember di tahap 1.0382, kemudian meneruskan pergerakan menaik. Kini ia didagangkan pada tahap 1.0460 iaitu di bawah pangsi mingguan 1.0468. Penutupan harian di atas tahap ini akan meningkatkan peluang bahawa pasangan ini sudah bersedia untuk bergerak sehingga ke tahap 1.06. Sekiranya pasangan mata wang ini gagal untuk menutup di tahap ini, maka, ia boleh dianggap sebagai penarikan semula. BUka kedudukan jual di bawah tahap ini, dengan objektif meletakkan sokongan harian di tahap 1.0358. Gambaran kenaikkan harga kekal sah untuk jangka sederhana,diatas tahap 1.03, dan di atas tempoh purata pergerakkan 200 hari(biru).
Sekiranya anda memerlukan rundingan peribadi, sila hubungi saya melalui e-mail: gerardo.porras@analytics.instaforex.com
