
Kadar spot sedang menghampiri had lebih rendah pada saluran kenaikkan harga sederhana panjang pada tahap 1.3470 mencadangkan lantunan semula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan memulakan saluran penurunan harga yang lebih pantas.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat membeli tetapi selagi tahap sokongan masih belum ditembusi andaian lantunan semula adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah stabil menunjukkan volatiliti lebih kerap.
Kadar spot sedang menguji had lebih rendah pada saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis lantunan semula di mana kami mencadangkan agar beli pada tahap 1.3470 dengan objektif 1 di tahap 1.3530 dan kemudian pada tahap 1.3550. Penembusan di tahap 1.3450 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap sokongan di mana kami menasihati agar "sell stop" yang bermaksud jual kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah meelpasi tahap sokongan pada 1.3470 dengan objektif 1 pada tahap 1.3410 dan kemudian di tahap 1.3390. Penembusan di tahap 1.3490 akan membatalkan senario ini.