_source!.png)
Emas sedang menguji had atas saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.681 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan memulakan saluran kenaikkan harga yang pantas.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat membeli, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah stabil menunjukkan volatiliti lebih kerap.
Emas menghampiri had atas saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.681 dengan objektif 1 pada tahap 1.670 dan kemudian pada 1.667. Penembusan di tahap 1.684 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati agar "buy stop" yang bermaksud beli emas dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan 1.681 dengan objektif 1 pada tahap 1.692 dan kemudian di tahap 1.695. Penembusan di tahap 1.678 akan membatalkan senario ini.