
Kadar spot ketika ini sedang menguji sokongan pertengahan bagi saluran kenaikkan sederhana pada 124.70 mencadangkan lantunan.Walaubagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan mencecah had rendah salurannya pada 123.60.
Penanda teknikal tidak menyediakan isyarat yang jelas dan sehingga tahap sokongan tidak ditembusi,andaian lantunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah stabil menunjukkan turun naik yang sederhana.
Kadar spot sekarang sedang menguji sokongan pertengahan saluran,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk lantunan dimana kami mencadangkan untuk beli pada tahap 124.70 dengan objektif 1 pada 125.30 dan kemudian pada 125.50.Penembusan pada 124.50 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan sokongan dimana kami mencadangkan "sell stop" bermakna membeli emas sejurus selepas ia menembusi tahap sokongan pada 124.70 dengan objektif 1 pada 124.10 dan kemudian pada 123.90.Penembusan 124.90 akan membatalkan senario ini.