Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 10 November 2020

parent
Analisis Forex:::2020-11-10T06:48:42

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 10 November 2020

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia telah berjaya menyelesaikan ujian peringkat ketiga vaksin coronavirus, sekaligus menyebabkan lonjakan yang ketara untuk permintaan mata wang Dolar AS di pasaran semalam. Sebagai tambahan, ketegangan terhadap pilihan raya AS secara beransur-ansur menurun, oleh itu, permintaan untuk euro di tengah-tengah jangkaan kemenangan Joe Biden juga menyusut. Pesanan penjualan muncul pada tahap 1.1871, yang membawa kepada penawaran ke tahap sasaran 1.1814. Pergerakan menurun adalah sekitar 60 pip.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 10 November 2020

Cadangan perdagangan untuk 10 November

Bertentangan dengan apa yang diharapkan, kemenangan Joe Biden tidak menghasilkan keuntungan besar untuk kenaikan harga, dan ini terutama disebabkan oleh fakta bahawa kebanyakan pedagang kini melihat ketakutan tidak dalam cita-cita politik Biden dan pakej rangsangan baru di AS, tetapi dalam masalah pemulihan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) zon Eropah dan sektor perkhidmatan.

Pada masa yang sama, berita bahawa vaksin untuk coronavirus boleh didapati pada awal musim panas menyebabkan kenaikkan Dolar AS, oleh itu, kedudukan euro turun kembali di pasaran.

Data akan datang mengenai sentimen perniagaan Jerman (untuk bulan November) juga dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, dan jika ini menunjukkan kemerosotan serius dalam indeks, ia akan menjadi sebab lain bagi penurunan mata wang Eropah berbanding Dolar AS.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 10 November 2020

  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila euro mencapai tahao 1.1852 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1916. Kenaikkan harga hanya akan berlaku sekiranya data mengenai sentimen perniagaan Jerman merekodkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan.
  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila euro mencapai harga 1.1816 (garis merah pada carta, dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1754. Pembetulan menurun sangat diharapkan, setelah pasaran menaik yang kuat pada minggu lalu.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Pesanan penjualan muncul pada tahap 1.3166 semalam. Dan walaupun pergerakan menurun tidak begitu besar, harga hampir mencapai tahap sasaran, iaitu 1.3120.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 10 November 2020

Cadangan perdagangan untuk 10 November

Sangat penting untuk hari ini adalah data yang akan datang mengenai pasaran buruh UK, di mana para ahli ekonomi menjangkakan kenaikan dalam jumlah pengangguran sebanyak 4.7%, yang akan memberi tekanan ke atas mata wang pound Britain. Pasaran buruh yang lemah memudaratkan seluruh ekonomi, terutama ketika menghadapi masalah lain di tengah-tengah gelombang kedua wabak coronavirus.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 10 November 2020

  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila sebut harga mencapai tahap 1.3200 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.3254 (garis hijau tebal pada carta). Pertumbuhan hanya akan berlaku sekiranya data di pasaran buruh UK merekodkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan.


  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila sebut harga mencapai tahap 1.3166 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekurang-kurangnya pada tahap 1.3112. Berita buruk mengenai Brexit, dan juga jumlah pengangguran di UK, akan mengembalikan trend penurunan bagi pasangan mata wang GBP/USD.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...