_source!.png)
Emas sedang menguji rintangan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.654 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkan emas untuk mencapai had atas saluran pada tahap 1.679.
Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas selagi tahap rintangan masih belum ditembusi, andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan berikutan oleh penurunan harga yang kukuh pada hari ini. Harga dijangkakan akan stabil dalam tempoh yang singkat.
Emas sedang menguji rintangan pertengahan saluran dan kami mencadangkan 2 senario: yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.654 dengan objektif 1 pada tahap 1.644 dan kemudian di tahap 1.640. Penembusan pada tahap 1.657 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami mencadangkan "buy stop" yang bermaksud beli emas dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan 1.654 dengan objektif 1 pada tahap 1.664 dan kemudian pada tahap 1.667. Penembusan di tahap 1.651 akan membatalkan senario ini.