EURUSD: Pasangan mata wang kini bergerak bertentangan dengan kecenderungan yang dilihat pada minggu lepas. Pada minggu ini, pasaran telah bergerak ke arah atas dengan melebihi daripada 110 pip. Julat Peratusan Williams sudah menunjukkan kedudukan wilayah overbought, meskipun masih belum sebarang terdapat tanda-tanda corak pengesahan kenaikkan harga. Seseorang itu perlu menunggu untuk isyarat yang lebih jelas sebelum mengambil sebarang langkah.

USDCHF: Pasangan mata wang USDCHF sentiasa berada di dalam julat - dalam kebanyakan kes. Harga telah berayun di antara tahap rintangan 0.9200 dan tahap sokongan pada 0.9100. Secara ringkasnya, kebarangkalian untuk pergerakkan arah atas masih sah, dan perlu ada penembusan pada julat yang disebutkan di atas, ia adalah berkemungkinan berada di atas tahap rintangan 0.9200

GBPUSD: Pasangan mata wang GBPUSD ini telah menjunam lebih daripada 250 pip setakat ini pada minggu ini. Kebarangkalian untuk pergerakkan arah bawah masih sah: EMA 11 kini berada di bawah EMA 56, sebagaimana tempoh RSI 14 telah bergerak di bawah tahap 50. Sekiranya kedudukan jual sudah dibuka pada pasaran ini, ia boleh diteruskan secara berterusan.

USDJPY: Pasangan mata wang USDJPY kekal berada di dalam keadaan kenaikkan harga - berikutan oleh kelemahan mata wang yen. Berlaku sedikit penarikan semula pasaran pada minggu ini, tetapi ia tidak boleh bergerak ke tahap yang lebih rendah melepasi tahap bekalan pada 93.00. Tahap bekalan ini adalah merupakan kawasan yang paling sesuai untuk membuka kedudukan beli yang baru.

EURJPY: Penarikan semula penurunan harga di atas cross ini adalah tidak kuat sebagaimana pasangan mata wang USDJPY. Zon keseimbangan baru-baru ini tidak dapat dipertingkatkan di bawah zon harga pada tahap 125.00, dan oleh kerana itu, harga telah menghasilkan kekuatan membeli yang baru. Gambran arah aliran menaik ini berpoetnsi untuk membawa harga ke arah zon bekalan pada tahap 127.00.
