
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
Seperti yang dapat dilihat pada Carta Harian di sini, pasangan mata wang tunggal kini sedang mengukuhkan di antara tahap 125.00 dan 126.00 sejak 2 sesi yang lalu. Sokongan Pertengahan berada hanya di bawah tahap 125.00, dan diikuti oleh tahap 123.00 manakala rintangan pertengahan pula di tahap 127.00 dan diikuti oleh tahap 127.90/128.00. Ia adalah disyorkan untuk tidak mengambil kedudukan beli baru pada masa ini dan juga mengurangkan risiko pada kedudukan beli terdahulu, sekiranya kita mengambil kedudukan beli. Ia adalah masih berpotensi bagi pasangan mata wang tunggal untuk mencatatkan kenaikkan harga baru sebelum harga membalikkan arah secara mendadak.
Cadangan Dagangan:
1. Strategi konservatif memcadangkan agar mengaut keuntungan pada kedudukan beli yang telah diambil semalam dan tunggu untuk membuka kedudukan beli yang seterusnya.
2. Strategi agresif pula mencadangkan pedagang agar kekal pada kedudukan beli, dan menggerakkan stop loss ke tahap 125.00 daripada tahap 123.00, dan meletakkan sasaran di tahap 129.00.
Semoga Berjaya!