Pasangan Mata Wang USD/JPY
Pada Khamis, pasangan mata wang USD/JPY dilihat telah mencapai rintangan kuat berhampiran persimpangan garis indikator MACD dengan garis saluran harga dan juga diterbalikkan ke arah bawah dengan kuat. Dalam sesi dagangan Asia hari ini, penurunan sebanyak 30 mata dicatatkan, yang disebabkan oleh kelemahan di pasaran saham; semalam, S&P 500 turun 0.13%, dan pada pagi ini, Nikkei 225 turun 0.54%, sementara Shanghai Composite susut 0.16%.

Ekoran pertumbuhan harga yang pesat pada semalam dan penarikan harga yang sama dari Marlin Oscillator, pembentukkan 'wedge-shaped' tidak ditembusi, hanya sedikit diubah, dan sekarang garis isyaratnya keluar dari baji menurun, mendorong penurunan harga ke tahap lebih rendah. Sasaran untuk penurunan harga adalah pada tahap 103.18. Kemungkinan besar pasangan mata wang USD/JPY ini akan membuat penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 102.35.

Pada carta empat jam, harga berada di bawah garis indikator MACD dan sudah bersiap sedia untuk menembusi tahap isyarat 103.97, di mana ia akan membuka sasaran pertama yang terletak pada tahap 103.18.