
Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.3400 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkan pasangan mata wang tersebut untuk mencapai had atas saluran pada tahap 1.3620.
Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah stabil menunjukkan volatiliti lebih kerap.
Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.3400 dengan objektif 1 pada tahap 1.3340 dan kemudian ditahap 1.3320. Penembusan pada tahap 1.3420 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati pedagang agar "buy stop" yang bermaksud beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan pada 1.3400 dengan objektif 1 pada tahap 1.3460 dan kemudian di tahap 1.3480. Penembusan pada tahap 1.3380 akan membatalkan senario ini.