Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD: Fed dan Wall Street mengeluarkan ramalan ekonomi yang memberangsangkan untuk Amerika Syarikat. Sementara itu, ECB mengumumkan akan mengekalkan dasar kewangan semasa. Bagi UK, eksport dijangka menurun dengan ketara pada tahun 2021 ini.

parent
Analisis Forex:::2021-01-13T09:53:09

Pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD: Fed dan Wall Street mengeluarkan ramalan ekonomi yang memberangsangkan untuk Amerika Syarikat. Sementara itu, ECB mengumumkan akan mengekalkan dasar kewangan semasa. Bagi UK, eksport dijangka menurun dengan ketara pada tahun 2021 ini.

Bank Fed dan Wall Street AS mengeluarkan ramalan ekonomi yang berani semalam, meramalkan pertumbuhan pekerjaan AS yang ketara dalam tempoh tiga tahun akan datang. Sekiranya ini berlaku, penurunan dari kemelesetan masa lalu akan diimbangi sepenuhnya.

Menurut ramalan, berjuta-juta pekerja akan kembali ke pasaran buruh tidak lama lagi. Namun, sekiranya tidak berlaku, AS akan memasuki fasa pemulihan, di mana pertumbuhan upah akan ketinggalan jauh dari tahap pemulihan dan pengeluaran ekonomi.Pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD: Fed dan Wall Street mengeluarkan ramalan ekonomi yang memberangsangkan untuk Amerika Syarikat. Sementara itu, ECB mengumumkan akan mengekalkan dasar kewangan semasa. Bagi...

Semalam, Wakil Ketua Fed Richard Clarida mengatakan krisis ekonomi semasa sangat berbeza dari sebelumnya, kerana ia bukan disebabkan oleh masalah ekonomi, tetapi ekoran daripada bencana alam. Setelah wabak itu hilang, permintaan untuk perkhidmatan akan melonjak, dan syarikat hiburan, menjelajah dan pelancongan akan kembali beroperasi, yang akan mendorong kadar pengangguran negara berkurangan. Justeru, ekonomi AS sekarang lebih berdaya tahan terhadap virus, jadi risiko lockdown lain adalah tidak mungkin. Clarida juga mengatakan bahawa kebanyakan rakannya telah mengubah ramalan mereka menjadi positif dalam jangka masa sederhana.

Namun, masih terdapat pesimis yang percaya bahawa banyak pekerjaan hilang selama-lamanya, dan perniagaan musnah. Akibatnya, mereka tidak menjangkakan pemulihan yang ketara di pasaran tenaga kerja dalam tempoh waktu yang singkat. Bagaimanapun, Fed percaya kadar pengangguran akan menurun kepada 5% pada akhir tahun ini, kepada 4.2% pada tahun 2022 dan 3.7% pada akhir tahun 2023.

Dan seperti Fed, Goldman Sachs juga mengeluarkan ramalan positif untuk AS. Mereka mengunjurkan kadar pengangguran jatuh ke 4.8% pada akhir tahun 2021, dan kemudian kembali ke tahap sebelum krisis pada akhir tahun 2023.

Dalam catatan lain, ECB akan mengadakan sidang media pada hari ini, di mana presidennya, Christine Lagarde, dapat berbicara mengenai perlunya rangsangan ekonomi lebih lanjut, bersama dengan perubahan dalam dasar monetari. Kemungkinan besar, pelonggaran sekatan yang dijangkakan dapat menyebabkan pemulihan harga, terutama sekiranya permintaan juga meningkat.

Dari segi inflasi, terdapat kemungkinan besar bahawa ECB akan mengabaikan jangkaan kenaikan tahun ini, kerana kemungkinan besar akan bersifat sementara. Di samping itu, bank memberi tumpuan kepada data dalam jangka masa sederhana, berbanding jangka pendek. Oleh demikian, senario seperti itu tidak akan mempengaruhi keputusan bank dengan cara apa pun, terutama mengenai dasar monetari.

Bagi ekonomi Jerman, ramalan mengatakan ia akan berkembang tahun ini di tengah-tengah peningkatan eksport. Namun, ia akan kembali ke tahap sebelum krisis hanya pada tahun depan.Pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD: Fed dan Wall Street mengeluarkan ramalan ekonomi yang memberangsangkan untuk Amerika Syarikat. Sementara itu, ECB mengumumkan akan mengekalkan dasar kewangan semasa. Bagi...

Secara khusus, Persekutuan Industri Jerman (BDI) mengatakan akan berkembang sebanyak 3.5% tahun ini, setelah menyusut sekitar 5% pada tahun 2020. Jelas, COVID-19 dan pelaksanaan lockdown telah mengganggu aktiviti ekonomi. Namun bagitu, tahun ini, eksport dijangka meningkat sebanyak 6%, setelah jatuh sebanyak 11% tahun lalu. Namun, BDI yakin tidak mungkin kembali ke tahap sebelum krisis tahun ini, kerana peluang untuk mencapainya akan berkemungkinan pada pertengahan pertama tahun 2022.

Berkenaan dengan pasangan mata wang EUR/USD, tahap utama hari ini adalah 1.2225. Sekiranya ECB mengumumkan bahawa ia tidak akan mengubah dasar monetari, euro boleh berkembang menjadi 1.2280 dan 1.2345. Tetapi sekiranya penurunan harga mampu mendorong euro turun ke tahap 1.2175, pasangan mata wang EUR/USD akan menurun ke tahap 1.2135 dan 1.2080.

GBP

Permintaan untuk pound meningkat mendadak semalam setelah Bank of England (BoE) mengatakan ia tidak akan mengubah dasar monetari.

Ramai yang menjangkakan bahawa kadar faedah akan menurun ke tahap negatif pada bulan Februari, tetapi semalam, Andrew Bailey meredakan kebimbangan ini dan mengatakan Bank Pusat belum bersedia untuk mengambil langkah-langkah tersebut.

Pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD: Fed dan Wall Street mengeluarkan ramalan ekonomi yang memberangsangkan untuk Amerika Syarikat. Sementara itu, ECB mengumumkan akan mengekalkan dasar kewangan semasa. Bagi...

Keputusan sedemikian adalah berita baik bagi pedagang. Namun, pada masa yang sama, laporan muncul bahawa kos pengangkutan barangan ke seluruh UK telah meningkat ekoran daripada Brexit. Pertumbuhan itu dilihat dalam banyak perkhidmatan, dari sijil kesihatan hingga cukai baru dan dokumen tambahan. Hanya sebanyak 6% firma yang memberitahu Bank of England bahawa mereka sudah bersedia sepenuhnya untuk hubungan baru dengan EU, justeru, permasalahan syarikat pengangkutan masih belum datang.

Akibatnya, eksport boleh menurun sekitar £ 25 bilion tahun ini, disebabkan oleh permintaan yang lemah dan peningkatan birokrasi, yang akan menyebabkan penurunan KDNK sebanyak 1.1%.

Tetapi walaupun begitu, pasangan mata wang GBP/USD masih didagangkan menaik, di mana ia boleh menembusi di atas angka ke-37. Pound hanya akan turun sekiranya pergerakan menurun berjaya mendorong harga di bawah tahap 1.3640, kerana itu pasti akan menurunkan pasangan ke tahap 1.3590 dan kemudian ke 1.3505.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...