Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Januari 2021

parent
Analisis Forex:::2021-01-19T08:59:15

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Januari 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Volatiliti pasaran ini adalah sangat rendah semalam, oleh kerana itu, penurunan harga pada euro tidak dapat menguasai pasaran sepenuhnya. Sebagai tambahan, penjualan pada tahap 1.2057 seharusnya tidak diabaikan, terutama disebabkan oleh fakta bahawa garis MACD berada di zon oversold.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Januari 2021

Cadangan perdagangan untuk 19 Januari

Itali dijadualkan akan menerbitkan banyak laporan ekonomi pada hari ini, seperti data inflasi dan indeks sentimen perniagaan dari ZEW Institute. Sekiranya laporan ini menunjukkan angka yang lebih lemah dari yang dijangkakan, kemungkinan besar tekanan akan kembali ke atas euro.

Kemudian, selepas itu, indikator serupa terhadap sentimen akan dikeluarkan untuk zon eropah, di mana penurunan optimisme yang ketara dapat diperhatikan. Rusuhan juga dijangka akan berlaku di Amerika Syarikat (AS) menjelang pelantikan rasmi Joe Biden pada 20 Januari. Sehingga itu, tekanan pada pasangan mata wang EUR/USD akan tetap ada, maka pesanan menjual adalah disyorkan.

Untuk pesanan beli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila sebut harga mencapai tahap 1.2105 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit di sekitar tahap 1.2145. Pasangan mata wang EUR/USD akan meningkat hanya jika terdapat data ekonomi positif yang dikeluarkan dari Jerman.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sebelum membuka pesanan beli, garis MACD harus berada di atas sifar dan mula menaik daripadanya.

Untuk pesanan jual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan setelah sebut harga mencapai tahap 1.2084 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2045. Terdapat kemungkinan besar bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan diniagakan menurun jika data yang dikeluarkan oleh EU menunjukkan petunjuk ekonomi yang lemah. Kemudian, di sebelah petang, pertemuan menteri kewangan EU akan berlangsung, yang boleh memperburukkan lagi keadaan euro

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sebelum membuka pesanan beli, garis MACD harus berada di atas sifar dan mula bergerak turun daripadanya.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Januari 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan pesanan beli (membeli) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh meletakkan pesanan jual(menjual) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk membuat keputusan berdasarkan kepada zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membuat keputusan memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka perlu menetapkan Stop Order untuk mengurangkan kerugian. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, anda mungkin akan kehilangan keseluruhan deposit anda dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan strategi pengurusan wang dan berdagangan dalam jumlah yang besar.

Juga perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang sememangnya tidak asing bagi pedagang urus niaga harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD memperoleh keuntungan yang lumayan semalam. Pada mulanya, isyarat muncul pada tahap 1.3560, namun, pada waktu itu, garis MACD berada di zon oversold, yang menunjukkan berakhirnya arah aliran menurun. Tetapi setelah beberapa ketika, sebut harga kembali ke tahap ini dan berjaya membuat penembusan harga, kerana pada ketika itu garis MACD memasuki wilayah negatif. Secara keseluruhan, pasangan mata wang ini menurun sebanyak 40 pip.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Januari 2021

Cadangan perdagangan untuk 19 Januari

Penurunan harga yang ketara pada semalam menjadikannya sukar untuk menentukan arah pasaran yang lebih jauh. Pada waktu yang sama, esok adalah hari pertabalan rasmi Presiden Joe Biden di Amerika Syarikat, yang cenderung untuk mencetuskan rusuhan lain, yang akan memberi tekanan pada aset berisiko.

Untuk pesanan beli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila sebut harga mencapai tahap 1.3618 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3691 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang GBP/USD hanya akan diniagakan menaik sekiranya terdapat berita yang positif mengenai vaksin COVID-19, atau jika kerajaan UK akhirnya menarikan semula arahan perintah berkurung yang sedang berlangsung.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan beli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula naik daripadanya.

Untuk pesanan jual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila sebut harga mencapai 1.3583 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3524. Penarikan semula menurun semalam menimbulkan kesukaran untuk menentukan pergerakan pasangan mata wang GBP/USD yang selanjutnya.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan jual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula turun daripadanya.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Januari 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan pesanan beli (membeli) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh meletakkan pesanan jual(menjual) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk membuat keputusan berdasarkan kepada zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membuat keputusan memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka perlu menetapkan Stop Order untuk mengurangkan kerugian. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, anda mungkin akan kehilangan keseluruhan deposit anda dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan strategi pengurusan wang dan berdagangan dalam jumlah yang besar.

Juga perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang sememangnya tidak asing bagi pedagang urus niaga harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...