Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 21 Januari

parent
Analisis Forex:::2021-01-21T08:01:57

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 21 Januari

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Laporan inflasi yang lemah menarik permintaan untuk penurunan euro semalam. Akibatnya, isyarat pesanan jual muncul pada tahap 1.2130, yang menyebabkan harga melemah sekitar 30 pips. Walau bagaimanapun, jika kita melihat lebih dekat pada isyarat ini, kita akan melihat bahawa garis MACD berada di zon oversold, yang secara signifikan mempengaruhi potensi penurunan harga pada pasangan mata wang ini. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengabaikan isyarat ini dan tidak membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD, kerana pergerakan penurunan harga semalam adalah hanya bersifat nasib baik semata-mata.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 21 Januari

Cadangan perdagangan untuk 21 Januari

Joe Biden telah mengangkat sumpah sebagai Presiden semalam, yang menyebabkan tekanan kuat terhadap Dolar AS dan oleh itu, menyokong pertumbuhan euro. Hari ini, momentum kenaikan ini mungkin akan berlanjutan sekiranya ECB memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah untuk EU. Laporan pekerjaan AS yang lemah juga boleh memberi tekanan selanjutnya kepada Dolar AS.

Untuk pesanan beli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila euro mencapai tahap 1.2142 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.2198. Pasangan mata wang EUR/USD akan meningkat sekiranya ECB mengumumkan pemulihan ekonomi yang lebih aktif.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan beli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula naik daripadanya.

Untuk kedudukan pendek:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila euro mencapai tahap 1.2120 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap1.2080. Pasangan mata wang EUR/USD akan diniagakan menurun hanya jika ramalan ECB mencatatkan bacaan negatif, dan jika data di pasaran buruh AS jauh lebih baik daripada yang dijangkakan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan jual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula turun daripadanya.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 21 Januari

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan pesanan beli (membeli) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh meletakkan pesanan jual(menjual) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk membuat keputusan berdasarkan kepada zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membuat keputusan memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka perlu menetapkan Stop Order untuk mengurangkan kerugian. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, anda mungkin akan kehilangan keseluruhan deposit anda dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan strategi pengurusan wang dan berdagangan dalam jumlah yang besar.

Juga perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang sememangnya tidak asing bagi pedagang urus niaga harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Data yang lebih tinggi dari yang dijangkakan mengenai inflasi UK telah mendorong kenaikan harga buat pasangan mata wang GBP/USD semalam, akibatnya isyarat pesanan beli yang baik muncul di pasaran. Untuk menambahnya, garis MACD berada pada zon positif pada masa itu, lebih menyokong prospek kenaikkan harga. Tahap sasaran terletak pada tahap 1.3714, namun pergerakan menaik berakhir pada tahap 1.3708. Walaupun begitu, ia memberikan keuntungan sekitar 30 pips.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 21 Januari

Cadangan perdagangan untuk 21 Januari

Pelantikan Joe Biden tidak memberi kesan kepada penjual pound yang secara aktif melemahkan nilai pound semalam. Tetapi hari ini, terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa pasangan mata wang GBP/USD akan meningkat, terutama di tengah-tengah data yang lemah di pasaran buruh AS. Sebenarnya, harga mungkin bergerak ke arah tahap tinggi tahunan baru hari ini.

Untuk pesanan beli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila sebut harga mencapai tahap 1.3694 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3754 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Namun, lakukan ini hanya jika petunjuk lain mengesahkan isyarat kenaikan harga. Sebagai contoh, ujian kelima angka ke-37 boleh mencetuskan kenaikan ketara pada pasangan mata wang GBP/USD.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan beli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula naik daripadanya.

Untuk pesanan jual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila sebut harga mencapai tahap 1.3665 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit tahap tahap 1.3608. Walau bagaimanapun, yang terbaik adalah mengelakkan penurunan harga pound kerana pasaran aliran menaik jelas terbentuk.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan jual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula turun daripadanyaAnalisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 21 Januari

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan pesanan beli (membeli) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh meletakkan pesanan jual(menjual) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk membuat keputusan berdasarkan kepada zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membuat keputusan memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka perlu menetapkan Stop Order untuk mengurangkan kerugian. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, anda mungkin akan kehilangan keseluruhan deposit anda dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan strategi pengurusan wang dan berdagangan dalam jumlah yang besar.

Juga perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang sememangnya tidak asing bagi pedagang urus niaga harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...