Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Strategi Harian Bagi EMAS

parent
Analisis Forex:::2013-02-22T08:31:27

Strategi Harian Bagi EMAS

Strategi Harian Bagi EMAS

Emas sedang menghampiri rintangan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.603 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkan komoditi ini mencapai had atas saluran itu pada tahap 1.663.

Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat membeli, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi, andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan berikutan oleh penurunan harga yang kukuh pada hari ini. Harga dijangkakan stabil dalam tempoh yang singkat.

Emas sedang menguji rintangan pertengahan saluran,oleh itu kami mencadangkan 2 senario: yang pertama adalah hipotesis penurunan, di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.603 dengan objektif 1 pada tahap 1.593 dan kemudian pada tahap 1.590. Penembusan pada tahap 1.606 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan, di mana kami mencadangkan para pedagang agar "Buy Stop", yang bermaksud beli emas dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan 1.603 dengan objektif 1 pada tahap 1.613 dan kemudian pada tahap 1.615. Penembusan pada tahap 1.600 akan membatalkan senario ini.

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...