Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Februari, 2021

parent
Analisis Forex:::2021-02-03T07:39:02

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Februari, 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Dua isyarat muncul untuk pasangan mata wang EUR/USD semalam. Isyarat pertama adalah pesanan menjual pada tahap 1.2072, walau bagaimanapun, ia harus diabaikan kerana pada masa itu, garis MACD berada di zon 'oversold'.

Kemudian, menjelang sesi dagangan Amerika Syarikat (AS), pasangan mata wang EUR/USD menguji tahap 1.2072 sekali lagi. Pada masa ini, garis MACD sudah berada di zon negatif, oleh yang demikian, pesanan menjual menghasilkan pergerakan menurun lebih dari 40 pip.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Februari, 2021

Cadangan perdagangan untuk 3 Februari

Walaupun laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ke-4 EU ternyata merekodkan bacaan yang jauh lebih baik daripada yang dijangkakan, pasaran masih berkelakuan sebaliknya dan meneruskan penurunan yang bermula pada hari Isnin lalu.

Hari ini, sejumlah laporan ekonomi dari Eropah dan AS akan diterbitkan, dan tentunya akan mempengaruhi dinamika dan sentimen pasaran. Secara khususnya, data mengenai sektor perkhidmatan EU, indeks bukan pembuatan AS dan pasaran buruh akan menjadi tumpuan peserta pasaran.

Untuk pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila euro mencapai tahap 1.2055 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2120. Pasangan mata wang EUR/USD akan mengukuh sekiranya terdapat data ekonomi yang baik dari EU.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula naik daripadanya

Untuk pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila euro mencapai tahap 1.2026 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1966. Pasangan mata wang EUR/USD akan diniagakan rendah sekiranya terdapat data ekonomi yang buruk dari EU.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula turun daripadanya

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Februari, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan pesanan beli (membeli) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh meletakkan pesanan jual(menjual) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk membuat keputusan berdasarkan kepada zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membuat keputusan memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka perlu menetapkan Stop Order untuk mengurangkan kerugian. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, anda mungkin akan kehilangan keseluruhan deposit anda dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan strategi pengurusan wang dan berdagangan dalam jumlah yang besar.

Juga perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang sememangnya tidak asing bagi pedagang urus niaga harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Tiga isyarat muncul untuk pasangan mata wang GBP/USD semalam. Isyarat yang pertama adalah pesanan menjual pada tahap 1.3678, tetapi ia harus diabaikan kerana pada ketika itu, garis MACD telah berada di zon negatif sejak beberapa lama dan tidak memperlihatkan penarikan semula harga walau sekali, yang membataskan potensi penurunan pasangan mata wang GBP/USD.

Sementara itu, isyarat kedua adalah untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3703. Namun, itu juga harus diabaikan kerana pada ketika itu, garis MACD berada di kawasan 'overbough't.

Satu-satunya isyarat yang tepat adalah membuka pesanan menjual pada tahap 1.3678, di mana garis MACD baru saja bergerak ke zon negatif, sehingga mengakibatkan penurunan ketara, sekitar 50 pips.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Februari, 2021

Cadangan perdagangan untuk 3 Februari

Laporan mengenai sektor perkhidmatan UK dan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) komposit berupaya mendorong kenaikan harga pada pasangan mata wang GBP/USD untuk kembali ke tahap tinggi tahunan, dengan syarat data tersebut merekodkan bacaan yang sangat baik atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada yang dijangkakan. Tetapi jika laporan itu adalah lebih buruk berbanding ramalan, gelombang penurunan yang lain diramalkan, terutama dalam konteks perintah berkurung yang ketat di UK.

Untuk pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian pound apabila sebut harga mencapai tahap 1.3682 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3741 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasaran menaik akan kembali mendominasi pasaran sekiranya data PMI ternyata sangat baik.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan beli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula naik daripadanya.

Untuk pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan pound apabila sebut harga mencapai tahap 1.3654 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3596. Pasangan mata wang GBP/USD akan menjunam ke tahap yang lebih rendah lagi sekiranya sebut harga mengukuh di bawah sempadan bawah saluran mendatar. Laporan ekonomi yang buruk akan membantu merealisasikan senario ini.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan jual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula turun daripadanya

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Februari, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan pesanan beli (membeli) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh meletakkan pesanan jual(menjual) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk membuat keputusan berdasarkan kepada zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membuat keputusan memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka perlu menetapkan Stop Order untuk mengurangkan kerugian. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, anda mungkin akan kehilangan keseluruhan deposit anda dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan strategi pengurusan wang dan berdagangan dalam jumlah yang besar.

Juga perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang sememangnya tidak asing bagi pedagang urus niaga harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...