
Kadar spot sedang menghampiri had yang lebih rendah pada saluran penurunan harga sederhana panjang di tahap 1.3030 mencadangkan lantunan semula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan memulakan saluran penurunan harga yang lebih pantas.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat memjual, tetapi selagi tahap sokongan masih belum ditembusi, andaian lantunan semula adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan berikutan hasil daripada penurunan harga yang kukuh pada hari ini. Harga dijangkakan akan stabil dalam tempoh yang singkat.
Kadar spot sedang menguji had saluran yang lebih rendah, oleh kerana itu, kami mencadangkan 2 senario: yang pertama adalah hipotesis lantunan semula, di mana kami mencadangkan beli pada tahap 1.3030 dengan objektif 1 pada tahap 1.3090 dan kemudian pada tahap 1.3110. Penembusan pada tahap 1.3010 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap sokongan, di mana kami mencadangkan para pedagang agar "Sell Stop", yang bermaksud untuk jual kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap sokongan 1.3030 dengan objektif 1 pada tahap 1.2970 dan kemudian pada tahap 1.2950. Penembusan pada tahap 1.3050 akan membatalkan senario ini.