
USD/JPY Gelombang Elliott
Sejak analisis kami yang terakhir pasangan USD/JPY telah didagangkan dalam pergerakkan menurun,maka kita perlu mengubah perkiraan kita sedikit.Semalam,ketika awal sesi Asia kita dapat perhatikan menaik ke arah tahap 94.51 dan kita boleh mengambil kira pergerakkan ini sebagai pengakhiran bagi gelombang 5 (warna unggu) daripada gelombang besar (3)(warna biru).Oleh itu,ketika sesi Eropah dan New York apabila pembentukan gelombang pembetulan (4) bermula,harga menolak lebih daripada 350 pip rendah dan mencecah tahap 90.83.Kita boleh mengambul kira pergerakkan ini sebagai pengakhiran bagi gelombang sub-A yang pertama (warna unggu) daripada gelombang (4).Pada ketika ini pasangan USD/JPY didagangkan sekitar tahap 92.00 dan kita menjangkakan untuk melihat penurunan yang mendadak apabila pembentukkan gelombang sub C bermula.Menurut kepada peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang C perlu berganjak 100% daripada gelombang A,kita boleh menentukan sasaran berpotensi dengan mengukur gelombang A dengan take profit pada 89.56 (100% daripada gelombang A).untuk mengurangkan risiko,kita boleh menggunakan pembatalan pada tahap 94.00 sebagai stop loss.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 88.79 (S2) 90.16 (S1) 91.01 (PP) 92.38 (R1) 93.75 (R2) 94.60 (R3) 95.97
Ramalan Perdagangan
Diteruskan daripada peraturan Gelombang Elliott hari ini,aliran dijangkakan untuk memulakan pergerakkan menurun.Inilah sebab mengapa posisi jual pada 93.10 dengan stop loss pada 94.00 dan take profit pada 89.56 adalah dicadangkan.