Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan dan isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Februari. Laporan COT. Analisis Rabu. Cadangan untuk hari Khamis

parent
Analisis Forex:::2021-02-11T02:18:03

Ramalan dan isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Februari. Laporan COT. Analisis Rabu. Cadangan untuk hari Khamis

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 Jam

Ramalan dan isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Februari. Laporan COT. Analisis Rabu. Cadangan untuk hari Khamis

Pasangan mata wang Euro/Dolar AS meneruskan pergerakan sedikit menaik, melintasi garis aliran menurun dan akhirnya mencapai tahap rintangan 1.2139 pada carta 1 Jam. Oleh yang demikian, pasangan mata wang ini sedang berdagang dalam arah aliran menaik, tetapi kami menasihati anda untuk memperhatikan saat di mana harganya naik 190 mata dengan cara yang hampir tidak bergerak. Oleh itu, terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk pasangan mata wang ini ditarik semula menurun walaupun garis arah aliran telah ditembusi. Juga, pembeli gagal untuk menembusi tahap 1.2139 dalam dua kali percubaan, oleh yang demikian, pergerakan menurun akan kelihatan logik. Dalam ulasan terakhir kami, kami menasihati anda untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang ini dengan mensasarkan ke tahap 1.2139 dan 1.2158 jika garis trend ditembusi. Isyarat ini dihasilkan, sehingga pedagang dapat membuka pesanan membeli. Malangnya, turun naik pasaran semalam adalah sangat rendah, maka pedagang boleh mendapatkan keuntungan sebanyak 20 mata. Kami juga menasihati anda untuk berdagang dalam penurunan harga sekiranya lantunan semula harga berlaki dari garis arah aliran. Dan lantunan semula harga telah berlaku. Tetapi ternyata itu salah, maka pedagang mungkin akan mengalami kerugian dalam pesanan ini - juga 20 mata. Secara umumnya, hampir tidak ada yang dapat menghasilkan keuntungan di dalam pasaran seperti ini kerana turun naik yang rendah dan tidak ada trend pada hari Rabu.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 15 Minit

Ramalan dan isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Februari. Laporan COT. Analisis Rabu. Cadangan untuk hari Khamis

Kedua-dua saluran regresi linear diarahkan ke arah atas pada carta 15 minit. Walau bagaimanapun, harga belum melepasi tahap 1.2139. Sekiranya ini berlaku, maka pergerakan menaik akan dapat diteruskan. Setakat ini, kita dapat mengatakan bahawa lantunan semula pertama dari tahap ini tidak memprovokasi pergerakan ke arah bawah. Tidak ada lantunan semula harga sama sekali pada kali kedua. Oleh itu, data pada carta 15 minit menyokong untuk meneruskan pergerakan sedikit menaik.

Laporan COT

Ramalan dan isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Februari. Laporan COT. Analisis Rabu. Cadangan untuk hari Khamis

Pasangan mata wang EUR/USD jatuh sebanyak 80 mata pada minggu pelaporan terakhir (26 Januari - 1 Februari). Oleh itu, kita boleh menjangkakan pedagang profesional akan mengurangkan sedikit permintaan mereka terhadap euro, kerana dolar AS telah meningkat selama empat minggu berturut-turut. Walau bagaimanapun, laporan Komitmen Pedagang (COT) yang baru memberikan kejutan yang nyata, yang perlu dimasukkan ke dalam gambaran keseluruhan untuk pasangan mata wang Euro/Dolar AS. Selama minggu pelaporan, kumpulan terpenting pedagang bukan komersial membuka hampir 11,000 kontrak jualan (jangka pendek) dan menutup (!!!) 23,000 kontrak belian (jangka panjang). Memandangkan kami menyimpulkan bahawa trend menaik mungkin akan berterusan, tingkah laku pemain utama ini sama sekali tidak sesuai dengannya. Namun, seperti yang telah kita katakan, setiap ramalan atau hipotesis mesti disahkan oleh faktor teknikal dan isyarat. Oleh itu, buat masa ini, ini hanyalah angka. Angka menunjukkan penurunan 34,000 dalam kedudukan bersih pedagang bukan komersial. Ini bermakna bahawa mereka secara signifikan menjadi lebih lemah. Tetapi adakah ini bermaksud bahawa euro akan terus jatuh? Adakah penurunan permintaan akan selari untuk dolar AS, yang tidak termasuk dalam laporan COT? Kami percaya bahawa ini betul-betul berlaku apabila data laporan perlu dibandingkan dengan gambaran teknikal. Sebagai contoh, pemulihan telah berlaku pada jangka waktu 24 jam dari garis Senkou Span B dan tahap Fibonacci 50.0%. Oleh itu, terdapat kemungkinan besar pertumbuhan pada pasangan mata wang ini, dan laporan COT adalah bertentangan dengan ini, oleh itu, kami tidak memperhitungkannya buat masa ini. Tetapi jika garis Senkou Span B dilintasi, maka data teknik dan laporan COT akan bertepatan dan jangkaan arah aliran menurun jangka panjang yang baru.

Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell dijadualkan akan berucap di Amerika, dan Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde di Kesatuan Eropah. Kami melihat indeks turun naik untuk hari terakhir, yang tidak lebih daripada 40 mata, dan kami memahami bahawa Lagarde dan Powell membincangkan mengenai sukan bola sepak, memancing, apa sahaja kecuali dasar kewangan dan ekonomi. Mereka tidak menyebut perkara menarik. Oleh itu, perkara ini tidak mempengaruhi mood pedagang pada hari Rabu.

Kesatuan Eropah akan menerbitkan ramalan ekonomi dari Suruhanjaya Eropah pada hari Khamis. Tetapi peristiwa ini sukar untuk disebut sebagai acara penting. Unjuran ini berubah setiap beberapa bulan. Ia merekodkan bacaan naik dan turun dan tidak memberikan alasan untuk menganggap bahawa semuanya akan berlaku, terutama dalam konteks krisis global dan pandemik. Laporan dasar kewangan Fed juga akan diterbitkan, dan tidak penting untuk pasaran seperti ramalan ECB untuk ekonomi. Oleh itu, pada asasnya, tidak mungkin ada yang berubah pada hari ini.

Kami mempunyai dua idea perdagangan untuk 11 Februari:

1) Pembeli mengambil inisiatif di pasaran dan menembusi garis arah aliran menaik, tetapi segera berhenti pada tahap 1.2139. Oleh itu, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD ini sekiranya harga menetap di atas tahap 1.2139 dengan sasaran masing-masing berada pada tahap 1.2158 dan 1.2190. Dalam kes ini, pesanan Take profit boleh mencapai 50 mata. Walau bagaimanapun, anda juga harus mengambil kira volatiliti pasaran yang rendah. Anda juga boleh membuka pesanan membeli ketika harga melantun dari garis Senkou Span B dengan mensasarkan ke tahap 1.2111 dan 1.2139.

2) Aliran menurun tidak dapat mengembalikan pergerakan menurun pasangan. Oleh itu, pesanan menjual adalah tidak relevan buat masa sekarang. Kami menasihatkan anda untuk berdagang dalam aliran menurun jika harga melepasi garis Kijun-sen dengan tahap 1.2004 dan 1.1955 sebagai sasaran awal. Dalam kes ini, pesanan Take profit boleh mencapai 75 mata.

Ramalan dan isyarat perdagangan pasangan mata wang EUR/USD

Penjelasan untuk ilustrasi:

Tahap Sokongan dan Rintangan adalah tahap yang berfungsi sebagai sasaran ketika membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan pesanan Take Profit hampir ke tahap ini.

Garis Kijun-sen dan Senkou Span B adalah garis petunjuk Ichimoku yang dipindahkan ke carta 1 Jam dari carta 4 Jam.

Kawasan sokongan dan rintangan adalah kawasan dari mana harga berulang kali melantun semula.

Garis kuning adalah garis trend, saluran trend dan corak teknikal yang lain.

Petunjuk 1 pada carta COT adalah ukuran kedudukan bersih setiap kategori pedagang.

Petunjuk 2 pada carta COT adalah ukuran kedudukan bersih bagi kumpulan "bukan komersial".

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...