Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Emas menarik lebih ramai pembeli di atas tahap utama 1,966

parent
Analisis Forex:::2022-04-15T00:30:48

Emas menarik lebih ramai pembeli di atas tahap utama 1,966

Harga Emas telah ditarik semula dalam dagangan jangka pendek, namun kecenderungan pasaran XAU/USD kekal menaik. Logam kuning ini berpotensi untuk kembali diniagakan lebih tinggi pada bila-bila masa. Ia hanya boleh menguji dan menguji semula tahap sokongan serta-merta sebelum meneruskan pergerakan menaiknya. Ia telah diniagakan pada tahap 1,969 sewaktu penulisan artikel ini di atas tahap rendah harian 1,960.

ECB membiarkan dasar monetarinya tidak berubah dalam mesyuarat April. Awal hari ini, data AS mencatatkan bacaan yag bercampur-campur, itulah sebabnya pasangan XAU/USD boleh cuba kembali diniagakan lebih tinggi. Dalam dagangan jangka pendek, harga emas juga melemah kerana data Australia yang mengecewakan pasaran telah dikeluarkan pada sebelah pagi. Kadar Pengangguran kekal stabil pada 4.0% meskipun pedagang menjangkakan potensi penurunan kepada 3.9%, manakala Perubahan Pekerjaan dilaporkan mencatatkan bacaan pada 17.9K, di bawah unjuran 30.0K.

Pengunduran Sementara Pasangan XAU/USD!

Emas menarik lebih ramai pembeli di atas tahap utama 1,966

Pasangan XAU/USD telah membuat penarikan semula harga untuk menguji dan menguji semula rintangan ditembusi 1,966 selepas ia gagal untuk mendekati dan mencapai Median Line (ML). Namun, kecenderungan pasaran kekal menaik selagi ia kekal berada di atas Lower Median Line (LML).

Median Line (ML) bertindak sebagai magnet dan ia masih boleh menarik kadar selagi ia kekal dalam badan ascending pitchfork. Tahap 1,974 kekal berperanan sebagai halangan menaik serta-merta. Melompat dan penstabilan harga di atasnya berkemungkinan akan menandakan potensi pertumbuhan harga yang selanjutnya.

Ramalan dagangan untuk pasangan XAU/USD!

Kekal berdagang di atas tahap 1,966 dan di atas Lower Median Line (LML) dan membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi (HH) baru, penutupan kenaikkan harga di atas tahap 1,981 boleh mengaktifkan pertumbuhan harga yang selanjutnya dan boleh membawa peluang untuk kemasukan pesanan membeli baharu dengan potensi sasaran terletak pada tahap 2,000.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...