Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Euro dan pound terus menurun berbanding dolar AS.

parent
Analisis Forex:::2021-02-18T09:51:07

EUR/USD: Euro dan pound terus menurun berbanding dolar AS.

Dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh di tengah-tenagh data yang positif mengenai penjualan runcit AS. Indeks tersebut meningkat disebabkan oleh rangsangan tambahan dari pemerintah, yang bertujuan untuk pemulihan segera ekonomi ke tahap sebelum krisis.

Bagi EU, beberapa negara anggota tidak setuju dengan peruntukan dana pemulihan EU, sehingga memberikan tekanan pada mata wang Eropah.

EUR/USD: Euro dan pound terus menurun berbanding dolar AS.

Walaupun begitu, tidak lama lagi, negara anggota harus menyerahkan rancangan mereka kepada Suruhanjaya Eropah. Mereka harus memperincikan dan membenarkan keperluan mereka untuk menerima sejumlah bantuan. Tetapi secara keseluruhan, dana pemulihan EU terdiri daripada €312.5 bilion dalam geran dan €360 bilion dalam pinjaman faedah rendah selama enam tahun akan datang. Kesemua 27 negara anggota dijangka akan menerima bantuan.

Dana itu ditubuhkan pada musim panas yang lalu. Dan, menurut pakar-pakar, ini akan membawa kepada integrasi erat negara-negara Eropah. Dalam satu kenyataan, Pesuruhjaya EU, Paolo Gentiloni mengatakan dana itu akan membolehkan ekonomi pulih lebih cepat, lebih daripada apa yang akan ditanggungnya jika sokongan hanya dari Bank Pusat Eropah.

Dana ini juga memberikan lebih daripada sekadar memerangi COVID-19. Ia bermaksud memulakan rancangan EU untuk mengurangkan pelepasan karbon selama 30 tahun akan datang dan memodenkan ekonominya untuk memanfaatkan revolusi digital dengan betul.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar dana akan diedarkan di antara negara-negara seperti Sepanyol, Itali, Perancis, Jerman, Poland dan Greece. Anggota yang selebihnya akan mendapat jumlah yang jauh lebih kecil.

Kembali ke AS, Jabatan Perdagangan menerbitkan laporan pada semalam yang menunjukkan lonjakan dalam penjualan runcit. Data untuk bulan Januari ternyata jauh lebih baik daripada yang dijangkakan, dengan penjualan melonjak sebanyak 5.3% lebih tinggi daripada angka sebulan sebelumnya. Tidak termasuk penjualan kereta dan komponennya, indeks meningkat sebanyak 5.9%.

EUR/USD: Euro dan pound terus menurun berbanding dolar AS.

Harga pengeluar juga meningkat jauh dari ramalan, yang tentunya akan mendorong kepada peningkatan tekanan kenaikkan harga pada masa akan datang. Laporan itu mengatakan PPI meningkat kepada 1.3% pada bulan Januari, setelah meningkat 0.3% pada bulan Disember. The Economists menjangkakan indeks meningkat hanya 0.4%.

EUR/USD: Euro dan pound terus menurun berbanding dolar AS.

Rizab Persekutuan (Fed) juga telah menerbitkan minit mesyuarat terakhirnya semalam. Namun, banyak yang sudah menjangkakan kandungannya kerana sudah jelas bahawa bank pusat tidak mempunyai niat untuk mengubah dasar kewangan dalam waktu terdekat. Protokol tersebut menekankan bahawa ekonomi AS masih jauh dari mencapai sasaran pekerjaan dan inflasi. Oleh itu, Fed tidak akan menyentuh kadar faedah, sekurang-kurangnya sehingga angka ekonomi bertambah baik.

Bank Pusat Eropah kemungkinan besar akan mempunyai pendirian yang sama terhadap dasar kewangan. Oleh itu, di dalam minit mesyuarat, yang akan dikeluarkan pada hari ini, berkemungkinan besar akan mengatakan bahawa kadar faedah utama dan program pembelian bon akan tetap tidak berubah.

Sejumlah laporan ekonomi juga akan diterbitkan pada hari ini. Contohnya, data terkini mengenai tuntutan pengangguran dan kelulusan bangunan yang dikeluarkan di AS. Sekiranya petunjuk ini merekodkan bacaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan, permintaan untuk dolar AS akan terus meningkat di pasaran.

Keyakinan pengguna terhadap EU juga diharapkan menurun dalam semakan semula, dan ini akan memberikan tekanan tambahan ke atas euro.

Oleh yang demikian, berkaitan dengan pasangan mata wang EUR/USD, pergerakan hari ini akan bergantung kepada tahap 1.2050, penembusan harga di atas tahap ini akan mendorong kenaikan harga kepada 1.2090. Tetapi jika euro diniagakan lebih rendah, harga akan jatuh ke tahap 1.2000 dan 1.1950.

Mata wang AUD

Kadar pengangguran di Australia meningkat 6.4%, walaupun sekitar 29.100 pekerjaan baru ditawarkan dan jumlah pekerjaan sepenuh masa meningkat sebanyak 59.000.

Walaupun begitu, pasangan mata wang AUD/USD masih diniagakan menaik, walaupun pada kecepatan yang jauh lebih perlahan daripada minggu sebelumnya. Aliran menurun harus menembusi tahao 1.7715 jika mereka ingin harga turun ke tahap 0.7655 dan 0.7600, karena sekiranya aliran menaik berjaya mendorong pasangan mata wang AUD/USD ini berdagang di atas tahap 0.7780, harga akan naik lebih tinggi, menuju ke tahap 0.7810 dan 0.7860.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...