Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Februari

parent
Analisis Forex:::2021-02-19T08:58:04

Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Februari

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Isyarat pembelian muncul di pasaran semalam. Namun, ia harus diabaikan kerana selama itu, garis MACD berada di zon positif untuk waktu yang cukup lama, yang menunjukkan pertumbuhan euro yang terhad dalam waktu terdekat.

Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Februari

Cadangan perdagangan untuk 19 Februari

Euro diniagakan menaik di tengah-tengah data yang lemah mengenai tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS). Hari ini, pergerakan menaik ini dapat diteruskan jika aktiviti perniagaan di kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah merekodkan bacaan sama atau lebih baik daripada yang dijangkakan. Prestasi yang kuat akan bermakna bahawa EU sedang pulih, yang akan memacu kepada permintaan untuk mata wang Eropah.

Walau bagaimanapun, di sebelah petang, petunjuk serupa akan diterbitkan di AS. Kali ini, ini dapat mendorong pengukuhan dolar AS, yang akan menghadkan potensi kenaikan harga pada pasangan mata wang EUR/USD.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencecah tahap 1.2095 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.2130. Pasangan mata wang EUR/USD akan meningkat sekiranya terdapat laporan ekonomi yang sangat baik dari EU.

Sudah tentu, adalah diingatkan bahawa sebelum membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik darinya.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencecah tahap 1.2071 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2036. Tekanan terhadap euro mungkin kembali jika data dari EU mencatatkan bacaan yang lebih lemah berbanding ramalan.

Juga, diingatkan bahawa sebelum menjual, dila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak turun daripadanya.

Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Februari

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Isyarat pembelian yang baik muncul di pasaran semalam. Nasib baik, pada masa itu, garis MACD berada di kawasan positif, oleh itu, pound mampu melonjak naik sebanyak 70 pips dari tahap1.3863, mencecah 1.3932.

Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Februari

Cadangan perdagangan untuk 19 Februari

Trend bagi pasanga nmata wang GBP/USD kekal menaik. Sebenarnya, hari ini, sejumlah laporan ekonomi dijadualkan akan diterbitkan dan kemungkinan besar akan merekodkan bacaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan, yang tentunya akan menyebabkan kenaikan harga pada pasangan mata wang GBP/USD.

Walau bagaimanapun, di sebelah petang, dolar AS berpotensi untuk mengukuh, sekiranya laporan serupa dari AS juga mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan. Ini boleh mengehadkan potensi kenaikan pasangan mata wang GBP/USD.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.3966 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.4016 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang GBP/USD akan meneruskan dagangan menaik sekiranya terdapat laporan ekonomi yang sangat baik dari UK.

Tetapi perlu diingat bahawa sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik daripadanya.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3933 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3863. Pasangan mata wang GBP/USD akan diniagakan menruun sekiranya data ekonomi dari AS ternyata lebih lemah daripada yang dijangkakan.

Tetapi perlu diingat bahawa sebelum membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula menurun daripadanya.

Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 19 Februari

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...