
Kadar spot sedang menghampiri had atas saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.3070 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan memulakan saluran kenaikkan harga yang pantas.
Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah stabil menunjukkan volatiliti lebih kerap.
Kadar spot sedang menguji had atas saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.3070 dengan objektif 1 pada tahap 1.3010 dan kemudian di tahap 1.2990. Penembusan pada tahap 1.3090 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati para pedagang agar "buy stop" yang bermaksud beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan 1.3070 dengan objektif 1 pada tahap 1.3130 dan kemudian pada tahap 1.3150. Penembusan pada tahap 1.3050 akan membatalkan senario ini.