
Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.3060 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkan pasangan mata wang ini untuk mencapai had atas saluran pada tahap 1.3120.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat membeli, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi, andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakan pantas.
Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.3060 dengan objektif 1 pada tahap 1.3000 dan kemudian pada tahap 1.2980. Penembusan pada tahap 1.3080 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati para pedagang agar "buy stop" yang bermaksud beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan pada tahap 1.3060 dengan objektif 1 pada tahap 1.3120 dan kemudian pada tahap 1.3140. penembusan pada tahap 1.3040 akan membatalkan senario ini.