EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD kini berada di dalam aliran arah bawah pada jangka panjang, dan kesan daripada itu, arah aliran harga dijangkakan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah. Harga kini berdagang di bawah garisan sokongan pada tahap 1.3000, dan sasaran seterusnya boleh diletakkan pada garisan sokongan 1.2950. Ia adalah merupakan pasaran arah bawah.

USD/CHF: Berbeza dengan dagangan pasaran mata wang EUR/USD, Pasangan mata wang USD/CHF telah berdagang dalam arah aliran menaik setakat ini. Ia adalah merupakan pasaran yang kukuh, dan harga telah bergerak ke arah rintangan pada tahap 0.9500. Adalah dijangakakan bahawa tahap ini akan ditembusi pada akhirnya.

GBP/USD: Kecenderungan pasaran bagi pasangan mata wang ini adalah penurunan harga, dan ia diramalkan akan berlanjutan sehingga terdapat perubahan yang jelas pada arah aliran. Harga telah mengalami kerugian sementara dan ia cuba untuk mengumpul pada awal minggu ini. Kini, pasangan mata wang sedang berada di bawah wilayah pengumpulan 1.5000, dan harga berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan ke arah bawah dan mencapai zon pengumpulan pada tahap 1.4950.

USD/JPY: Gambaran kenaikkan harga bagi pasangan mata wang ini adalah amat kuat. Di sini, pasaran hanya berpotensi untuk membuat satu siri pergerakkan menaik ke tahap yang lebih tinggi atau ke tahap yang lebih rendah. Kini terdapat perjuangan sebenar di sekitar tahap pasaran 94.00, namun demikian, kenaikkan harga adalah dijangkakan sekiranya tahap tersebut ditembusi untuk pergerakkan arah atas.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini bergerak ke julat yang kecil. Harus terdapat penembusan pada julat semasa yang kecil sebelum tahap sasaran harga yang seterusnya boleh ditentukan. Pasaran adalah berkemungkinan untuk mengalami kenaikkan harga sekiranya harga menembusi zon bekalan pada tahap 122.00 untuk pergerakkan arah atas atau pun pergerakkan penurunan harga sekiranya harga menembusi zon bekalan pada tahap 121.00 untuk pergerakkan arah bawah. Selagi harga mengukuh untuk pergerakkan ke arah atas, maka keberangkalian akan lebih memihak kepada pembeli.
