Tinjauan Pasaran Teknikal:
Kenaikan harga pasangan mata wang EUR/USD telah menembusi di atas zon pasaran neutral yang terletak di antara tahap 1.0631 - 1.0654 dan didagangkan di dalam zon kenaikan harga. Momentum yang kuat dan positif menyokong tinjauan kenaikkan jangka pendek untuk Euro, namun kitaran pembetulan ABC untuk kenaikan harga kelihatan selesai selepas tahap 1.0731 iaitu 127% lanjutan Fibonacci telah dicapai dan ditembusi. Sokongan teknikal segera terletak pada 1.0654 dan 1.0631 (tahap rintangan sebelumnya) dan jika tahap ini jelas ditembusi, pembetulan mungkin ditamatkan.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.0888
WR2 - 1.0735
WR1 - 1.0635
Pivot Mingguan - 1.0526
WS1 - 1.0448
WS2 - 1.0311
WS3 - 1.0227
Tinjauan Dagangan:
Pasaran masih dikawal oleh penurunan harga yang menolak jauh ke bawah tahap 1.0639, jadi penembusan di atas tahap ini adalah satu kemestian untuk kenaikan harga untuk pembalikan arah aliran jangka panjang. Aliran menaik boleh dilanjutkan ke objektif jangka panjang seterusnya 1.1186 hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan di atas tahap 1.0726; jika tidak, penurunan harga akan menolak harga lebih rendah ke sasaran jangka panjang seterusnya 1.0336 atau di bawah.