Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pasangan mata wang EUR/USD menunggu laporan gaji bukan pertanian AS pada 7 Mei. Laporan COT.

parent
Analisis Forex:::2021-05-07T10:17:22

Pasangan mata wang EUR/USD menunggu laporan gaji bukan pertanian AS pada 7 Mei. Laporan COT.

Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta 1 Jam

Pasangan mata wang EUR/USD menunggu laporan gaji bukan pertanian AS pada 7 Mei. Laporan COT.

Pedagang yang dikasihi!

Semalam, pasangan mata wang EUR/USD melantun dari tahap Fibonacci 100.0% iaitu 1.1990. Oleh kerana mata wang tunggal Eropah mengukuh, pasangan mata wang EUR/USD ini telah melonjak naik ke tahap Fibonacci 127.2% iaitu 1.2068. Langkah yang dijangkakan seterusnya adalah penurunan harga dolar AS dengan penurunan kembali ke tahap 1.1990. Sekiranya pasangan mata wang ini ditutup di atas tahap Fibonacci 127.2%, ini akan meningkatkan kemungkinan pertumbuhan harga yang selanjutnya ke arah 1.2117. Latar belakang maklumat lebih penting untuk pound sterling semalam berbanding euro atau dolar AS. Sterling diniagakan mendatar sepanjang hari. Tidak seperti GBP, euro membuat pergerakan tepat dan kuat ke arah yang sama. Semalam, latar belakang maklumat tidak mempunyai berita penting atau data ekonomi yang berpotensi untuk memberi kesan kepada euro.

Menariknya, data penjualan runcit untuk Zon Eropah menyaksikan sedikit kenaikkan lebih tinggi berbanding ramalan pada bulan Mac. Oleh yang demikian, ia bukan pemangkin untuk kenaikan euro. Ucapan Christine Lagarde juga tidak ada kaitan dengan pertumbuhan euro pada hari Khamis. Presiden ECB bercakap mengenai kesatuan yang memfokuskan alam sekitar dalam pasaran modal dengan tujuan menghasilkan pelaburan besar-besaran di masa depan EU yang "hijau". Hari Jumaat akan penuh sesak dengan acara yang mempengaruhi pasaran. Malam ini, Jabatan Tenaga Kerja AS akan mengumumkan laporan pekerjaan dalam ekonomi AS untuk bulan April. Laporan ini dilihat sebagai barometer kesihatan pasaran buruh. Pelabur juga akan memperhatikan kadar pengangguran. Menurut kata sepakat, sektor awam dan swasta AS menambah 950,000 pekerjaan tidak termasuk pekerja ladang. Kadar pengangguran dijangka menurun kepada 5.8%. Sekiranya ramalan ini menjadi kenyataan, mata wang AS boleh mendapat momentum. Baru-baru ini, pedagang tidak banyak memperhatikan data makroekonomi. Mari kita berharap agar fokus pedagang beralih kepada kalendar ekonomi.

Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta 4 Jam

Pasangan mata wang EUR/USD menunggu laporan gaji bukan pertanian AS pada 7 Mei. Laporan COT.

Merujuk kepada carta 4 Jam, pasangan mata wang EUR/USD ini telah membuat pembalikan menaik pada semalam dan ditutup pada tahap 1.2027, yang terletak di atas Fibonacci 161.8%. Harga berpotensi untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap 1.2223. Hari ini, saya tidak melihat perbezaan yang berlaku. Carta 1 jam menunjukkan gambaran yang lebih tepat dan komprehensif.

Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta Harian

Pasangan mata wang EUR/USD menunggu laporan gaji bukan pertanian AS pada 7 Mei. Laporan COT.

Dalam carta harian, pasangan mata wang EUR/USD menutup di atas tahap 1.2027 iaitu tahap Fibonacci 161.8%. Walaupun dengan penutupan harga ini, gambaran berterusan tidak menjadi lebih mudah. Oleh itu, anda disyorkan untuk memantau carta 4 Jam untuk sementara waktu atau bahkan carta 1 Jam yang memaparkan perincian penting.

Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta Mingguan

Pasangan mata wang EUR/USD menunggu laporan gaji bukan pertanian AS pada 7 Mei. Laporan COT.

Menurut carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD menetapkan harga di atas corak segitiga yang mengekalkan prospek pertumbuhan jangka panjang untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Kalendar ekonomi

Pada 6 Mei, EU dan AS mengeluarkan beberapa laporan yang tidak memberi kesan terhadap sentimen pasaran.

Pada 7 Mei, berikut adalah berita dalam perhatian pelabur:

EU - ramalan ekonomi oleh Suruhanjaya Eropah (09-00 UTC)

Presiden EU - ECB Christine Lagarde berucap (10-00 UTC)

AS - kadar pengangguran (12-30 UTC)

AS - gaji bukan perladangan (12-30 UTC)

Titik fokus pada 7 Mei tentunya adalah gaji bukan perladangan AS. Selain itu, pedagang mementingkan data pengangguran di AS, ucapan oleh Christine Lagarde, dan ramalan ekonomi oleh Suruhanjaya Eropah. Secara keseluruhan, latar belakang maklumat akan menjadi perhatian para peserta pasaran.

COT (Komitmen Pedagang):

Pasangan mata wang EUR/USD menunggu laporan gaji bukan pertanian AS pada 7 Mei. Laporan COT.

Laporan COT yang diterbitkan pada hari Jumaat lalu sekali lagi mengungkapkan bahawa pelaku pasaran besar menyokong sentimen menaik yang memberi peluang baru kepada EUR untuk pertumbuhan harga yang selanjutnya. Jumlah kontrak pembelian yang sedia ada dibuka oleh pedagang bukan komersial berjumlah 5,568 sedangkan jumlah kontrak penjualan adalah 2,938. Oleh itu, sentimen menaik pedagang bukan komersial meningkat secara sederhana. Untuk makluman anda, jurang antara kontrak pembelian dan penjualan keseluruhan yang dibuka oleh spekulator runcit semakin sempit sejak awal tahun ini. Walau bagaimanapun, jurang ini semakin meningkat sejak tiga minggu terakhir.

Tinjauan dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD:

Saya akan mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD sekiranya harga ditutup di bawah tahap 1.1990. Perkara ini tidak berlaku semalam. Hari ini, saya akan menasihatkan anda untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1990 jika harga turun dari 1.2068 menurut carta 1 Jam. Sebagai alternatif, pembelian pasangan mata wang EUR/USD disarankan hari ini jika harga ditutup di atas tahap 1.2086 mengikut carta 1 Jam dengan sasaran berada pada tahap 1.2117.

Istilah

Kategori Bukan komersial merangkumi pelaku pasaran utama: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, swasta, dan pelabur besar.

Kategori Komersial merangkumi perusahaan komersial, firma, bank, syarikat, syarikat yang membeli mata wang bukan untuk memperoleh keuntungan spekulatif, tetapi untuk memastikan aktiviti semasa atau operasi eksport-import.

Kategori kedudukan yang tidak boleh dilapor bermaksud pedagang kecil yang tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap harga.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...