Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 25 Mei

parent
Analisis Forex:::2021-05-25T09:30:22

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 25 Mei

Analisis transaksi dalam pasangan mata wang EUR/USD

Dua isyarat muncul di pasaran semalam, tetapi tiada yang berjaya. Ini kerana isyarat beli muncul apabila garis MACD berada di kawasan overbought, yang secara signifikan menghadkan potensi kenaikan euro. Begitu juga, isyarat jual muncul apabila garis MACD masih di atas sifar, jadi pedagang harus mengabaikannya. Tiada isyarat lain yang muncul sepanjang hari.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 25 Mei

Cadangan dagangan untuk 25 Mei

Perhatikan statistik makro yang akan datang berikutan daripada data tersebut akan mempengaruhi pasaran. Data yang kukuh dari Jerman akan mendorong euro naik, begitu juga dengan angka keyakinan pengguna AS yang lemah.

Untuk kedudukan panjang (membeli):

Meletakkan tawaran kedudukan panjang apabila sebut harga mencapai 1.2242 (garis hijau pada carta), dan kemudian Take Profit sekitar tahap 1.2281. Euro akan naik ke atas sekiranya Jerman menerbitkan laporan ekonomi yang kukuh. Tetapi sebelum membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik darinya.

Untuk kedudukan pendek (menjual):

Meletakkan tawaran kedudukan pendek apabila sebut harga mencapai 1.2210 (garis merah pada carta), dan kemudian take profit pada tahap 1.2126. Euro akan merosot sekiranya EU melepaskan laporan ekonomi yang lemah. Tetapi sebelum menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 25 Mei

Apakah yang terdapat di carta:

Garis hijau nipis adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan kedudukan panjang (membeli) pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah tipis adalah tahap di mana anda boleh meletakkan kedudukan pendek (menjual) pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk berdasarkan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum mengeluarkan laporan penting, perkara yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka selalu buat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dalam volume yang besar.

Dan perlu diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang tidak dapat dihindarkan oleh pedagang harian.

Analisis transaksi dalam pasangan mata wang GBP/USD

Tiga isyarat muncul di pasaran semalam, tetapi hanya satu daripadanya yang berjaya. Ini kerana isyarat beli pertama muncul apabila garis MACD berada di kawasan overbought, dengan ketara menghadkan potensi kenaikan pound. Tetapi pada waktu petang, garis MACD akhirnya naik dari sifar, sehingga mata wang dapat naik sebanyak 15 pip.

Mengenai isyarat jual yang muncul di tengah hari, ia juga tidak berjaya walaupun ia berlaku apabila garis MACD bergerak turun dari sifar.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 25 Mei

Cadangan dagangan untuk 25 Mei

Bank of England tidak mengumumkan perubahan pada dasar kewangannya sehingga pasaran tetap tenang semalam. Tetapi pada hari ini, adalah penting untuk memperhatikan statistik makro yang akan datang, kerana statistik tersebut akan mempengaruhi sentimen pelabur. Mungkin, data penjualan runcit UK tidak akan mempengaruhi pasaran dengan ketara, tetapi laporan mengenai keyakinan pengguna AS akan mendorongnya. Penurunan indikator akan memberi tekanan pada dolar AS, yang seterusnya akan menyebabkan kenaikan pasangan mata wang GBP/USD.

Untuk kedudukan panjang (membeli):

Meletakkan tawaran kedudukan panjang (membeli) apabila sebut harga mencapai 1.4189 (garis hijau pada carta), dan kemudian membuat Take Profit pada tahap 1.4230 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pound akan diperdagangkan ke atas sekiranya UK mengeluarkan laporan penjualan runcit yang kuat. Tetapi sebelum membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.

Untuk kedudukan pendek (menjual):

Meletakkan tawaran kedudukan pendek (menjual) apabila sebt harga mencapai 1.4162 (garis merah pada carta), dan kemudian Take Profit pada tahap 1.4121. Pound akan diperdagangkan ke bawah selagi harga kekal di bawah 1.4162. Tetapi sebelum menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 25 Mei

Apakah yang terdapat di carta:

Garis hijau nipis adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan kedudukan panjang dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah tipis adalah tahap di mana anda boleh meletakkan kedudukan pendek dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk berpandukan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum mengeluarkan laporan penting, perkara yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka selalu buat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dalam volume yang besar.

Dan perlu diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang tidak dapat dihindarkan oleh pedagang harian

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...