Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 31 Mei, 2021

parent
Analisis Forex:::2021-05-31T08:26:18

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 31 Mei, 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Isyarat untuk pesanan menjual muncul di pasaran pada Jumaat lalu. Walau bagaimanapun, pedagang harus mengabaikannya kerana garis MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold), yang secara signifikan menghadkan potensi penurunan mata wang. Tidak ada isyarat lain yang muncul sepanjang hari.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 31 Mei, 2021

Cadangan dagangan untuk 31 Mei

Laporan positif Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan pada Jumaat lalu telah mendorong kepada pertumbuhan dolar AS. Namun, momentum itu tidak bertahan lama, dan euro naik lagi sebelum dagangan berakhir.

Hari ini, pasaran dijangka kekal tenang, walaupun penjual mungkin cuba mengulangi senario penurunan yang diperhatikan minggu lalu. Dan jika Jerman dan Itali menerbitkan laporan CPI yang buruk, euro akan mengalami lebih banyak tekanan.

Untuk pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila euro mencapai tahap 1.2211 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.2266. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula naik daripadanya

Untuk pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila euro mencapai tahap 1.2181 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2112. Euro akan merosot lebih rendah sekiranya Perancis dan Jerman mengeluarkan laporan ekonomi yang lemah. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula turun daripadanya.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 31 Mei, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan pesanan beli (membeli) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh meletakkan pesanan jual(menjual) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk membuat keputusan berdasarkan kepada zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membuat keputusan memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka perlu menetapkan Stop Order untuk mengurangkan kerugian. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, anda mungkin akan kehilangan keseluruhan deposit anda dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan strategi pengurusan wang dan berdagangan dalam jumlah yang besar.

Juga perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang sememangnya tidak asing bagi pedagang urus niaga harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Isyarat untuk membuka pesanan menjual muncul untuk pound pada Jumaat lalu, tetapi ia harus diabaikan kerana ia muncul ketika garis MACD berada di zon terlebih jualan (oversold). Mempunyai indikator di sana menghadkan potensi penurunan mata wang, di mana ini adalah apa sebenarnya yang telah berlaku. Selepas membuat sedikit penurunan di bawah 1.4171, pound mengukuh dan kembali diniagakan ke tahap sebelumnya. Jelas sekali, pembeli dengan cepat mendapatkan kembali kedudukan mereka, tidak membiarkan pasaran penurunan harga terus mendominasi. Tidak ada isyarat lain yang muncul sepanjang hari.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 31 Mei, 2021

Cadangan dagangan untuk 31 Mei

Turun naik pasaran pada hari ini adalah rendah kerana UK sedang bercuti. Tidak ada laporan statistik makro yang dijadualkan akan diterbitkan, oleh yang demikian, satu-satunya perkara yang dapat mendorong pasaran adalah sama ada pedagang menaik berjaya menolak pound untuk berdaang di atas tahap 1.4208. Sekiranya tidak, mata wang akan kekal dalam pasaran penurunan harga.

Untuk pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian pound apabila sebut harga mencapai tahap 1.4208 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.4279 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Kenyataan positif dari Bank of England berpotensi untuk mendorong pound ke tahap tinggi baru. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula naik daripadanya.

Untuk pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan pound apabila sebut harga mencapai tahap 1.4171 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.4102. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula turun daripadanya

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 31 Mei, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan pesanan beli (membeli) untuk pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh meletakkan pesanan jual(menjual) untuk pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk membuat keputusan berdasarkan kepada zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membuat keputusan memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka perlu menetapkan Stop Order untuk mengurangkan kerugian. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, anda mungkin akan kehilangan keseluruhan deposit anda dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan strategi pengurusan wang dan berdagangan dalam jumlah yang besar.

Juga perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang sememangnya tidak asing bagi pedagang urus niaga harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...