Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah membuat ayunan rendah baru pada tahap 1.1933, ia kemudiannya melantun ke arah rintangan teknikal yang terletak pada tahap 1.2200 (tahap tinggi yang dibuat pada tahap 1.2207 dan diterbalikkan secara mendadak. Rintangan teknikal seterusnya dilihat berada pada tahap 1.2327 dan sokongan teknikal paling hampir terletak pada tahap 1.2072 dan 1.2012. Mana-mana penembusan harga di bawah tahap ini berkemungkinan besar akan akan mempercepatkan lagi penjualan ke arah tahap 1.2000. Momentum yang lemah dan negatif menyokong prospek aliran menurun jangka pendek untuk GBP, bagaimanapun, disebabkan oleh keadaan pasaran yang sangat terlebih jualan (oversold) pada carta H4, lantunan harga ke arah rintangan teknikal adalah diramalkan akan berlaku.
Tahap Pivot Mingguan:
WR3 - 1.2751
WR2 - 1.2671
WR1 - 1.2451
Pivot Mingguan - 1.2374
WS1 - 1.2159
WS2 - 1.2081
WS3 - 1.1851
Tinjauan Dagangan:
Harga menembusi di bawah tahap 1.3000 agak lama dahulu, jadi penurunan harga telah mendominasi pasaran dan mengesahkan kawalan mereka ke atas pasaran dalam jangka masa panjang. GBP berada jauh di bawah tahap 100 dan 200 WMA , oleh yang demikian, penguasaan penurunan harga adalah jelas dan tiada indikator penamatan atau pembalikan arah aliran. Kenaikan harga kini cuba untuk memulakan kitaran pembetulan, yang dialu-alukan selepas lapan minggu pergerakan menurun. Sasaran jangka panjang seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1989. Sila ingat: trend ialah rakan anda.