Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD
Euro diniagakan kukuh pada hari Isnin, didorong oleh laporan pengeluaran perindustrian yang positif di Zon Eropah. Ia telah membentuk beberapa isyarat kemasukan pesanan membeli di pasaran, tetapi tiga yang pertama harus diabaikan kerana ia datang ketika garis MACD berada di kawasan terlebih belian (overbought). Hanya isyarat keempat yang berjaya kerana pada masa itu, garis MACD sudah bergerak naik dari sifar. Euro melonjak naik sekitar 12 pips.
Cadangan dagangan untuk 15 Jun
Perhatikan statistik makro yang akan datang kerana data tersebut akan mempengaruhi pasaran. Sebagai contoh, data yang lebih baik berbanding ramalan di Zon Eropah boleh menyebabkan kenaikan harga, sementara angka yang lemah berpotensi untuk menyebabkan penurunan euro yang selanjutnya. Laporan yang lemah dari Amerika Syarikat (AS) juga boleh mengukuhkan nilai mata wang.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.2135 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.2191. Mata wang akan meningkat jika zon Eropah menerbitkan data inflasi yang baik, dan jika AS mengeluarkan laporan ekonomi yang lemah. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.2108 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2070. Data inflasi yang lemah akan mendorong kepada kejatuhan euro. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.
Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD
Beberapa isyarat muncul di pasaran pada hari Isnin, tetapi hanya sedikit yang berjaya. Isyarat penjualan pertama harus diabaikan kerana ia muncul ketika garis MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold). Sementara itu, isyarat kedua berjaya kerana pada masa itu, garis MACD sudah turun dari sifar. Pound menurun sekitar 30 pips.
Isyarat beli seterusnya juga berjaya dan menaikkan pound sebanyak 20 pip.
Cadangan dagangan untuk 15 Jun
Perhatikan laporan yang akan datang di pasaran buruh UK kerana laporan tersebut akan mempengaruhi sentimen pelabur. Sebagai contoh, data yang lebih baik berbanding ramalan mengenai tuntutan pengangguran dan kadar pengangguran boleh mendoorng kepada kenaikan harga, sementara angka yang lemah boleh menyebabkan penurunan pound. Kenyataan dari Bank of England juga cenderung untuk mempengaruhi pasaran.
Kemudian, di sebelah petang, pound mempunyai peluang untuk mengukuh, jika AS mengeluarkan laporan yang lemah mengenai penjualan runcit dan pengeluaran perindustrian.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.4125 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.4163 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Mata wang akan naik sekiranya UK menerbitkan laporan kukuh di pasaran buruh. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.
Untuk kedudukan pendek:
Buka kedudukan pendek ketika pound mencapai 1.4095 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.4056. Data yang buruk di pasaran buruh UK berkemungkinan besar akan memberikan tekanan ke atas mata wang. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.