Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan perdagangan sesi Eropah pada 17 Jun. Laporan COT. Fed akan mula menaikkan kadar faedah AS lebih awal daripada yang dijangkakan. Aliran menurun cenderung untuk menembusi tahap sokongan 1.1986

parent
Analisis Forex:::2021-06-17T06:42:26

EUR/USD: Pelan perdagangan sesi Eropah pada 17 Jun. Laporan COT. Fed akan mula menaikkan kadar faedah AS lebih awal daripada yang dijangkakan. Aliran menurun cenderung untuk menembusi tahap sokongan 1.1986

Untuk membuka pesanan pembelian pasangan mata wang EUR/USD, anda memerlukan:

Sebelum keputusan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah diumumkan, pasaran membeku dalam jangkaan hasilnya. Sekiranya anda melihat pada carta 5 minit, anda akan mendapati bahawa tahap yang saya naytakan di dalam ramalan pagi saya telah diuji, sementara tidak pada ramalan di sebelah petang, tidak ada isyarat untuk memasuki pasaran. Volatiliti pasaran adalah rendah, iaitu pada 25 mata sekaligus tidak memungkinkan kita untuk berdagang secara normal. Setelah keputusan bank pusat dikeluarkan, euro diniagakan lemah, yang menyebabkan perubahan pada gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD ini.EUR/USD: Pelan perdagangan sesi Eropah pada 17 Jun. Laporan COT. Fed akan mula menaikkan kadar faedah AS lebih awal daripada yang dijangkakan. Aliran menurun cenderung untuk menembusi tahap...

Fakta bahawa Fed merancang untuk menaikkan kadar faedah pada tahun 2022, dan bukan pada tahun 2024, seperti yang dijangkakan pada awalnya, telah mendorong kepada pertumbuhan dolar AS yang ketara berbanding euro. Kemungkinan besar, pasaran menurun akan berterusan, jadi kenaikan harga harus berhati-hati dalam waktu terdekat. Laporan inflasi di zon eropah dijadualkan akan dikeluarkan pada separuh pertama hari ini, dan jika tidak ada perbezaan serius dengan ramalan ahli ekonomi, kemungkinan besar euro akan terus melemah. Tugas utama kenaikan harga di sebelah pagi adalah melindungi tahap sokongan 1.1986, tetapi hanya ada sedikit harapan untuk itu. Membentuk penembusan harga palsu di sana akan menghasilkan isyarat untuk para pedagang membuka pesanan membeli dengan jangkaan lantunan semula harga ke kawasan rintangan 1.2027, dan kemudian pembetulan menaik yang lebih besar ke kawasan tahap 1.2063, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya aktiviti melemah di kawasan 1.1986, saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk tidak tergesa-gesa membuka pesanan membeli, tetapi tunggu sehingga pasangan mata wang ini mengemas kini sokongan pertengahan yang terletak pada tahap 1.1958, atau membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD pada lantunan semula harga dari tahap rendah 1.1925, dengan mengandaikan pembetulan menaik sebanyak 15-20 mata dalam sehari. Tetapi, sebelum anda membuka pesanan membeli euro, adalah diingatkan bahawa anda akan menentang pasaran aliran menurun yang kuat, oleh yang demikian, adalah lebih baik anda bertaruh pada pesanan menjual.

Untuk membuka pesanan penjualan pasangan mata wang EUR/USD, anda memerlukan:

Aliran menurun perlu melindungi tahap rintangan 1.2027. Membentuk penembusan harga palsu pada tahap tersebut di sebelah pagi akan menjadi isyarat yang sangat baik untuk membuka pesanan menjual sebagai lanjutan dari arah aliran menurun yang terbentuk setelah keputusan Fed mengenai dasar kewangan. Tetapi tugas yang jauh lebih penting adalah menembusi tahap rendah 1.1986, di mana euro berhenti jatuh semalam. Penembusan dan ujian semula harga pada kawasan ini dari bawah ke atas akan memberikan isyarat yang baik untuk para pedahamh membuka pesanan menjual dengan harapan ia akan jatuh ke tahap rendah baru pada 1.1958 dan 1.1925, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Data lemah mengenai inflasi di zon Eropah akan menjadi pemacu kepada pergerakan ini. Sekiranya aliran menurun tidak aktif di kawasan 1.2027 pada hari ini, maka saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menangguhkan rancangan untuk membuka pesanan menjual sehingga ia menguji rintangan yang terletak pada tahap 1.2063, di mana anda boleh segera menjual pasangan mata wang ini pada lantunan semula harga, bergantung kepada pembetulan menurun sebanyak 15-20 mata. Terdapat Moving Average (MA) yang memihak kepada penurunan harga tepat di atas tahap ini.

EUR/USD: Pelan perdagangan sesi Eropah pada 17 Jun. Laporan COT. Fed akan mula menaikkan kadar faedah AS lebih awal daripada yang dijangkakan. Aliran menurun cenderung untuk menembusi tahap...

Laporan Komitmen Pedagang (COT) pada 8 Jun menunjukkan bahawa kedua-dua pesanan membeli dan menjual menurun. Ini menunjukkan pengambilan untung dan pedagang telah meninggalkan pasaran menjelang pertemuan penting Bank Pusat Eropah, berikutan tidak ada perubahan dalam dasar kewangan. Kebanyakan peserta pasaran bimbang tentang apa yang akan terjadi pada program pembelian bon, tetapi tetap tidak berubah, yang tidak membenarkan kenaikan harga saham untuk menguasai pasaran. Pasangan mata wang EUR/USD kini berisiko untuk menyesuaikan kedudukannya dengan ketara menjelang mesyuarat penting Rizab Persekutuan, hasilnya akan menentukan arah pasaran untuk beberapa minggu yang akan datang. Dolar AS hanya boleh berharap bahawa pada musim panas ini Fed akan mula berbicara dengan serius untuk mengurangkan jumlah pembelian bon. Sekiranya ini tidak berlaku, selera risiko akan meningkat dan kita akan melihat pemulihan dalam euro. Laporan COT menunjukkan bahawa pesanan membeli bukan komersial menurun dari 237,360 kepada 232,103, sementara pesanan menjual bukan komersial juga turun dari 128,038 kepada 124,890. Semakin lemah mata wang Eropah, semakin menarik minat peserta pasaran, kerana ekonomi di zon eropah akan menunjukkan kadar pertumbuhan yang sangat baik pada musim panas, yang tentunya akan mempengaruhi prospek pemulihannya setelah wabak coronavirus. Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial merosot dari 109,322 kepada 107,213. Harga penutupan mingguan juga menurun dari 1.22326 kepada 1.21907.

Isyarat Indikator:

Pasangan mata wang EUR/USD kini berdagang di bawah kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pasaran penurunan harga.

Moving averages

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Sekiranya terdapat pembetulan menaik dari pasangan mata wang ini, sempadan purata petunjuk di kawasan 1,2050 akan bertindak sebagai rintangan.

Penerangan petunjuk

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan garis kuning.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan garis hijau gelap.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan / Perbezaan - Moving Average Penumpuan / Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Kedudukan panjang (membeli) bukan komersial mewakili jumlah kedudukan panjang yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
  • Kedudukan pendek (menjual) bukan komersial mewakili jumlah kedudukan pendek yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara kedudukan pendek dan panjang pedagang bukan komersial.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...