Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran keseluruhan pasaran AS (17/06/2021)

parent
Analisis Forex:::2021-06-17T09:37:45

Gambaran keseluruhan pasaran AS (17/06/2021)

Gambaran keseluruhan pasaran AS (17/06/2021)

Saham Amerika Syarikat (AS) melemah pada Rabu setelah Rizab Persekutuan (Fed) mengumumkan bahawa mereka mungkin akan menaikkan kadar faedah lebih awal dari yang dijadualkan. Dow Jones merosot 0.85%, sementara S&P 500 dan Nasdaq masing-masing turun 0.5% dan 0.2%.

Beberapa pegawai Fed mengatakan bahawa kadar mungkin akan meningkat seawal 2022, tetapi pengumuman rasmi adalah kenaikan kadar faedah akan berlaku pada tahun 2023.

Oleh yang demikian, buat masa ini, kadar feadah akan kekal pada 0.125%, sementara pembelian bon akan tetap tidak berubah pada $120 bilion sebulan, sekurang-kurangnya sehingga inflasi meningkat di atas paras 2%.

Fed juga mengubah ramalan keseluruhannya untuk ekonomi AS, menyemak semula kepada kenaikan 7% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 ini, dan kenaikan inflasi 3.4%. Walau bagaimanapun, bank pusat menekankan bahawa lonjakan inflasi adalah sementara, oleh itu, ia akan kembali ke paras 2.1%. Bagi dolar AS, Fed mengatakan kadarnya akan meningkat kepada 0.6% pada tahun 2023, tetapi kemudian turun kepada 0.1% sepanjang tahun 2022.

Kembali ke pasaran, indeks Jepun juga menurun sebanyak 0.9% pada pagi ini, sementara indeks China, meningkat 0.15%.

Minyak juga menurun sebanyak 0.4%, oleh yang demikian, Brent kini diniagakan pada paras harga $74. Sebaliknya, WTI kekal pada $71.60. Untuk berita positif, rizab AS telah menurun sebanyak 1.6% (7.4 juta tong), yang mana sekarang mencatatkan 466 juta tong.

Dari segi inflasi, pertumbuhan yang ketara diperhatikan di kebanyakan negara. Sebagai contoh, Kanada mencatat lonjakan sebanyak 2.8% pada bulan Mei, yang melebihi ramalan yang hanya mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 2.4%.

Dengan mempertimbangkan semua perkara ini, S&P 500 kini berada pada 4.223 mata, dan dijangka akan bergerak di antara 4.180 - 4.260 mata. Terdapat kemungkinan bahawa ia akan meningkat kemudian kerana laporan yang akan datang di pasaran buruh AS.

Sementara itu, USDX mencecah 91.40 mata, dan diramalkan akan ditutup sekitar 91.00 - 91.60 pada hari ini. Kemungkinan besar, dolar AS akan terus melonjak dalam beberapa hari yang akan datang, jika tidak minggu berikutnya.

Untuk pasangan mata wang USD/CAD, harga kini diniagakan pada paras 1.2280, tetapi diramalkan akan bergerak menghampiri ke paras 1.2200 - 1.2350. Jelas sekali, kenaikan dolar baru-baru ini telah melemahkan dolar Kanada di pasaran.

Kesimpulan: Pergerakan saham AS dipengaruhi oleh keputusan dasar Rizab Persekutuan. Oleh itu, pergerakannya pada hari ini dan esok mewakili sentimen pelabur.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...