Pada Jumaat lalu, diperhatikan bahawa terdapat penurunan harga yang ketara dalam indeks saham: S&P 500 -1.31%, Russell 2000 -2.05%, Stoxx 600 -1.53%. Nikkei 225 turun 3.16% pada pagi ini, sementara Australian S&P/ASX 200 susut -1.74%. Mungkin ini sudah menjadi pembalikan pasaran kepada penurunan jangka sederhana yang bermula minggu lalu.
Dalam keadaan seperti ini, pasangan mata wang USD/JPY tidak akan lagi mencapai tahap sasaran 111.39, dan ia kini berkemungkinan besar akan menghadapi penurunan jangka sederhana.
Harga telah menetap di bawah garis petunjuk MACD pada carta harian, Marlin Oscillator masih berada di zon pertumbuhan, tetapi ia semakin melemah. Sasaran pertama untuk penurunan harga dilihat terletak pada tahap 109.80, dan diikuti 109.20 dan 108.35 - tahap rendah pada 7 dan 11 Mei.
Harga sudah menguji garis MACD pada tahap 110.07 dalam carta empat jam. Penembusan harga pada tahap sokongan ini akan membuka sasaran paling hampir pada tahap 109.80. Kejayaan pasangan mata wang USD/JPY bergerak dan menetap ke kawasan lebih rendah akana membuka jalan untuk harga menuju ke sasaran kedua 109.20 - tahap rendah pada 7 Jun.
Harga harus melakukan lebih banyak hari ini berbanding hari-hari lain dalam tempoh dua minggu terakhir untuk melanjutkan pertumbuhan. Harga perlu menembusi tahap tinggi Jumaat pada 110.49 untuk naik di atas garis saluran harga, yang mana ini adalah sukar untuk dilakukan. Tetapi sekiranya berhasil, sasaran 111.39 akan dapat dicapai.