Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD cenderung untuk diniagakan di sekitar tahap 1.2300, tepat di mana garis bawah saluran utama terletak, dan kenaikan harga sedang berusaha keras untuk bergerak kembali ke dalamnya. Kenaikan harga berjaya mencapai tahap 1.2323 dan kemudiannya corak graf lilin 'Bearish Engulfing' berlaku dan beberapa Pin Bar juga, oleh yang demikian, kenaikkan harga masih di bawah tekanan. Sokongan teknikal paling hampir dilihat pada tahap 1.2165 - 1,2155. Namun begitu, zon bekalan yang terletak di antara tahap 1.2618 - 1.2697 masih menjadi penghalang utama untuk kenaikkan yang perlu ditembusi sekiranya rali itu dijangka diteruskan, tetapi buat masa ini kenaikkan tidak boleh kembali ke saluran utama.
Tahap Pivot Mingguan:
WR3 - 1.2507
WR2 - 1.2415
WR1 - 1.2351
Pivot Mingguan - 1.2242
WS1 - 1.2181
WS2 - 1.2088
WS3 - 1.2017
Tinjauan Dagangan:
Harga telah berjaya menembusi di bawah tahap 1.3000 agak lama dahulu, oleh yang demikian, penurunan harga telah mendominasi dan mengesahkan kawalan mereka ke atas pasaran dalam jangka masa panjang. GBP berada jauh di bawah 100 dan 200 WMA , jadi penguasaan penurunan harga adalah jelas dan tiada indikator penamatan atau pembalikan arah aliran. Kenaikan harga kini cuba untuk memulakan kitaran pembetulan selepas corak graf lilin Pin Bar yang besar dibuat minggu lepas. Sasaran jangka panjang seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1989. Sila ingat: trend ialah rakan anda.