Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, EMAS pada 14 Julai, 2021

parent
Analisis Forex:::2021-07-14T08:43:16

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, EMAS pada 14 Julai, 2021

Pasangan mata wang GBP/USD

Analisis:

Trend menaik pada carta pound Britain mendorong pasangan mata wang GBP/USD ke kawasan zon rintangan yang kuat. Sejak akhir Februari, harga telah membentuk satah pembetulan di sepanjang sempadan bawahnya. Gelombang telah memasuki fasa terakhir. Bahagian yang belum selesai dikira mulai 12 Julai.

Ramalan:

Pada separuh pertama hari ini, kebarangkalian aliran mendatar adalah tinggi. Kenaikan harga jangka pendek ke zon rintangan adalah mungkin. Pada penghujung hari, mod penurunan harga dijangka kembali ke pasaran. Penembusan harga pada tahap sokongan paling hampir juga tidak dikecualikan pada hari ini.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 1.3860/1.3890

Sokongan:

- 1.3770/1.3740

- 1.3670/1.3640

Cadangan:

Pembelian pound pada hari ini kelihatan berisiko dan tidak menguntungkan. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk tidak melakukan transaksi perdagangan sehingga isyarat yang jelas untuk penjualan muncul di kawasan zon rintangan.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, EMAS pada 14 Julai, 2021

Pasangan mata wang USD/JPY

Analisis:

Arah aliran jangka pendek dalam pasaran yen Jepun ditetapkan oleh gelombang menaik dari 6 Januari. Ia terletak di hujung zigzag gelombang menaik yang lebih besar pada TF yang lebih besar. Sebagai sebahagian daripada gelombang utama, pembetulan tersembunyi telah diselesaikan seminggu yang lalu. Bahagian yang belum selesai dikira mulai 8 Julai.

Ramalan:

Terdapat kemungkinan besar "aliran mendatar" pada sesi perdagangan yang seterusnya. Adalah mungkin untuk mengurangkan kawasan zon sokongan. Pada penghujung hari, kenaikan harga dijangka kembali ke pasaran, dengan lonjakan harga ke had rintangan.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 110.90/111.20

Sokongan:

- 110.20/109.90

Cadangan:

Tidak ada syarat untuk penjualan yen hari ini. Para pedagang dinasihatkan untuk memantau isyarat kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang pada tahap sokongan.Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, EMAS pada 14 Julai, 2021

Pasangan mata wang USD/CAD

Analisis:

Carta dolar Kanada didominasi oleh aliran menurun sejak musim bunga tahun lalu. Dalam tempoh empat bulan terakhir, harga telah membentuk pembetulan kaunter. Strukturnya mempunyai penampilan yang tidak betul dan kini kelihatan lengkap. Gelombang penurunan berskala kecil dari 8 Julai mempunyai potensi pembalikan harga.

Ramalan:

Untuk sebahagian besar hari ini, harga pasangan menunggu pergerakan pada satah mendatar antara zon yang bertentangan. Menjelang penghujung hari ini, di kawasan zon rintangan, anda boleh menjangkakan perubahan vektor dan permulaan penurunan harga.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 1.2550/1.2580

Sokongan:

- 1.2470/1.2440

Cadangan:

Berniaga dalam pasaran "Kanada" hari ini hanya mungkin dilakukan dalam rangka sesi perdagangan individu dengan saiz lot yang dikurangkan. Penjualan instrumen dari zon rintangan adalah lebih menguntungkan.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, EMAS pada 14 Julai, 2021

EMAS

Analisis:

Unutk pasaran emas, bahagian bawah trend utama yang tidak lengkap telah dihitung sejak 1 Jun. Dalam kerangka kerjanya, pembetulan mendatar bermula sebulan yang lalu, dalam bentuk satah terbentang. Harga kini menghampiri zon rintangan yang kuat. Walau bagaimanapun, struktur gelombang tidak kelihatan lengkap. Juga tidak ada isyarat perubahan arah yang akan berlaku pada carta.

Ramalan:

Pada hari yang akan datang, kita boleh mengharapkan kesinambungan pergerakan mendatar. Penurunan jangka pendek di kawasan sokongan tidak dikecualikan. Pertumbuhan aktif mungkin berlaku pada penghujung hari. Sekiranya had atas rintangan paling hampir berjaya ditembusi, pertumbuhan harga akan dilanjutkan ke zon yang seterusnya.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 1845.0/1850.0

- 1820.0/1825.0

Sokongan:

- 1800.0/1795.0

Cadangan:

Berdagang dalam pasaran emas hari ini melibatkan risiko yang besar. Tidak ada syarat untuk penjualan. Semasa membuka pesanan membeli, adalah lebih selamat untuk membahagikan lot.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, EMAS pada 14 Julai, 2021

Penjelasan: Dalam analisis gelombang yang dipermudahkan (UVA), gelombang terdiri daripada 3 bahagian (A-B-C). Gelombang terakhir yang tidak lengkap dianalisis. Latar belakang panah yang padat menunjukkan struktur yang terbentuk, dan garis putus-putus menunjukkan pergerakan harga yang diharapkan.

Perhatian: Algoritma gelombang tidak mengambil kira jangka masa pergerakan pasangan dalam masa!

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...