Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD
Terdapat beberapa isyarat untuk kemasukan pesanan membeli semalam, namun ia tidak menyebabkan pergerakan harga yang ketara susulan volatiliti pasaran yang agak rendah. Sebagai tambahan, isyarat pertama harus diabaikan kerana ia muncul ketika garis MACD berada di kawasan terlebih belian (overbought). Nasib baik, dua isyarat seterusnya, indikator menaik dari sifar, oleh yang demikian, pasangan mata wang EUR/USD melonjak naik sebanyak 12-15 pips.
Cadangan dagangan untuk 27 Julai
Data mengenai persekitaran perniagaan Jerman memberi tekanan ke atas mata wang euro semalam, oleh itu, potensi pertumbuhan harga adalah sangat terhad. Adapun laporan mengenai sektor perumahan AS, itu tidak menyebabkan lonjakan volatiliti seperti yang diharapkan.
Pada hari ini, dijadualkan akan ada laporan mengenai bekalan wang dan pinjaman EU, yang dapat meningkatkan permintaan untuk euro dengan syarat data mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan. Laporan yang akan datang mengenai pesanan barangan tahan lama AS dan keyakinan pengguna juga berpotensi untuk menyokong pasangan mata wang EUR/USD, tetapi hanya jika ia mencatatkan bacaan yang lebih lemah daripada yang diramalkan.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan beli euro ketika harga mencecah tahap 1.1816 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1855. Permintaan akan meningkat sekiranya zon Eropah menerbitkan laporan yang positif mengenai pinjaman. Adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik darinya.
Mungkin juga untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1786 dan 1.1749, tetapi sila pastikan garis indikator MACD berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold) untuk mendorong pembalikan pasaran ke tahap 1.1816.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan jual euro setelah harga mencecah tahap 1.1786 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1749. Penurunan akan berlaku sekiranya pinjaman di zon Eropah menurun. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak turun daripadanya.
Anda juga boleh membuka pesanan menjual pada tahap 1.1816 dan 1.1855, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk mendorong pembalikan pasaran ke tahap 1.1786.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.
Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD
Terdapat beberapa isyarat pasaran semalam, tetapi semuanya tidak menguntungkan. Sebenarnya, isyarat untuk kemasukan pesanan menjual di sebelah pagi adalah sia-sia kerana walaupun garis MACD menurun pada carta, pasangan mata wang EUR/USD masih diniagakan menaik. Kemudian, pada sebelah petang, indikator sudah menjauh dari sifar, oleh itu, tidak ada pilihan selain mengabaikan isyarat ini.
Cadangan dagangan untuk 27 Julai
Kenyataan dari perwakilan Bank of England mendorong kepada sedikit pertumbuhan pound, tetapi kemungkinan besar itu adalah gema aliran kenaikkan harga yang kita lihat pada akhir minggu lalu. Oleh itu, terdapat kemungkinan harga akan turun kembali pada hari ini, terutama jika data penjualan runcit di UK menunjukkan penurunan. Tetapi di sebelah petang, sedikit pemulihan boleh diharapkan setelah AS menerbitkan laporan yang lebih lemah daripada yang dijangkakan mengenai pesanan barangan tahan lama dan keyakinan pengguna.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.3835 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3885 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang GBP/USD akan meningkat sekiranya UK menerbitkan data penjualan runcit yang positif. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.
Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3800 dan 1.3746, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih jualan (oversold) untuk mendorong pembalikan pasaran ke tahap 3835.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3800 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3746. Penurunan selanjutnya akan berlaku sekiranya UK mengeluarkan laporan ekonomi yang lemah dan jika pasangan mata wang GBP/USD turun di bawah tahap 1.3800. Tetapi sebelum menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.
Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.3835 dan 1.3885, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk memacu kepada pembalikan pasaran ke tahap 1.3800.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.