Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan dagangan sesi Eropah pada 9 Ogos. Laporan COT. Euro melemah setelah laporan pasaran buruh AS dikeluarkan. Aliran menurun mensasarkan ke tahap sokongan 1.1745

parent
Analisis Forex:::2021-08-09T07:27:12

EUR/USD: Pelan dagangan sesi Eropah pada 9 Ogos. Laporan COT. Euro melemah setelah laporan pasaran buruh AS dikeluarkan. Aliran menurun mensasarkan ke tahap sokongan 1.1745

Untuk membuka pesanan pembelian pasangan mata wang EUR/USD, anda memerlukan:

Euro diniagakan lemah berbanding dolar AS pada petang Jumaat lalu selepas laporan pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) mencatatkan bacaan yang cukup baik, meneruskan aliran menurun yang diperhatikan sejak akhir bulan lalu. Sekiranya anda melihat kepada carta 5 minit, anda akan mendapati bahawa pada separuh pertama hari ini, ujian harga pada tahap 1.1819 berlaku dengan penembusan, tetapi kami tidak melihat pembalikan harga pada tahap ini dari bawah ke atas. Oleh itu, tidak ada titik kemasukan pesanan menjual yang telah terbentuk. Keadaan berkembang dengan lebih menarik pada separuh kedua hari ini: penembusan harga pada tahap 1.1800 akan mewujudkan titik kemasukan pesanan menjual, yang dengan cepat akan menolak pasangan mata wang EUR/USD ke tahap sokongan 1.1774. Tetapi walaupun anda tidak berjaya mengorientasikan diri semasa penerbitan laporan, penembusn harg pada tahap 1.1774 dan ujian terbalik dari bawah ke atas telah menjadi isyarat lain untuk menjual euro, yang mendorong pasangan mata wang ini ke tahap rendah seperti 1.1753. Aliran menurun telah cuba menembusi kawasan di bawah tahap ini beberapa kali, namun gagal.

Kami mengharapkan dagangan hari ini tenang, kerana laporan penting dijadualkan tidak akan dikeluarkan. Kemungkinan besar, indikator keyakinan pelabur Sentix Zon Eropah yang lemah akan memberi tekanan tambahan ke atas mata wang euro pada separuh pertama hari ini, yang akan mengekalkan pasaran penurunan harga. Untuk mengelakkan ini, aliran menaik akan meletakkan fokus untuk melindungi tahap sokongan 1.1745, yang masih merupakan tahap rendah hari ini. Data mengenai keseimbangan perdagangan luar negeri di Jerman dapat membantu pedagang untuk melaksanakan ieda dagangan ini, tetapi membentuk penembusan harga yang palsu pada tahap itu menghasilkan isyarat pertama untuk membuka pesanan membeli dengan harapan adanya pembetulan menaik pasangan mata wang. Tugas yang sama penting bagi aliran menaik adalah kembali mendominasi tahap rintangan pada 1.1764. Hanya penembusan harga pada kawasan ini dan ujian terbalik dari atas ke bawah akan menghasilkan isyarat untuk membuka pesanan membeli dengan mensasarkan kenaikan ke tahap 1.1787, di mana Moving Average memihak kepada penurunan harga. Aliran menaik perlu mengemas kini tahap rendah 1.1808, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD jatuh semasa sesi dagangan Eropah dan kenaikan harga tidak aktif di rantau 1.1745, saya menasihati anda untuk menunggu tahap rendah seterusnya ke tahap 1.1715 untuk mengemas kini dan membuka pesanan membeli pasangan mata wang pada tahap tersebut dengan segera pada lantunan semula harga, dengan mengandaikan pembetulan menaik sebanyak 15-20 mata dalam sehari.

EUR/USD: Pelan dagangan sesi Eropah pada 9 Ogos. Laporan COT. Euro melemah setelah laporan pasaran buruh AS dikeluarkan. Aliran menurun mensasarkan ke tahap sokongan 1.1745

Untuk membuka pesanan penjualan pasangan mata wang EUR/USD, anda memerlukan:

Jumaat lalu, aliran menurun berjaya menyelesaikan tugas dan mencapai penjualan euro yang lebih besar berbanding dolar AS. Perdagangan berterusan di bawah Moving Average, yang menunjukkan kelebihan kepada aliran menurun. Arah pergerakan pasangan mata wang pada awal minggu ini kemungkinan adalah menurun. Tugas utama aliran menurun adalah melindungi rintangan yang terletak pada tahap 1.1764, dan sekiranya kita menerima data yang lemah mengenai keseimbangan perdagangan luar negeri Jerman, yang mungkin mencatatkan bacaan lebih buruk berbanding ramalan ahli ekonomi kerana tempoh musim panas dan sedikit kemerosotan ekonomi, maka kita boleh mengandaikan pembentukan penembusan harga palsu di kawasan ini. Ini akan menjadi isyarat kepada pedagang untuk membuka pesanan menjual dengan harapan akan berlaku pembetulan menurun ke tahap rendah 1.1745 pada hari ini. Penembusan dan ujian semula harga pada tahap ini dengan cepat akan mendorong pasangan mata wang EUR/USD ke tahap rendah 1.1715. Tetapi, sebelum anda membuka pesanan menjual di bawah tahap 1.1745, sila pastikan bahawa tidak ada perbezaan yang kelihatan pada indikator MACD, yang secara signifikan akan menghadkan potensi penurunan harga pada pasangan mata wang ini. Sasaran seterusnya adalah pada tahap rendah 1.1682. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini meningkat semasa sesi Eropah dan kenaikan harga tidak aktif pada 1.1764, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan pesanan menjual sehingga harga menguji tahap rintangan yang lebih tinggi pada 1.1787, di mana MA telah melepasi. Anda juga boleh membuka pesanan menjual di sana hanya setelah membuat penembusan harga palsu. Saya mengesyorkan anda untuk menjual pasangan dengan segera pada lantunan harga dengan mengandaikan pembetulan menurun sebanyak 15-20 mata hanya dari tahap tinggi 1.1808.

EUR/USD: Pelan dagangan sesi Eropah pada 9 Ogos. Laporan COT. Euro melemah setelah laporan pasaran buruh AS dikeluarkan. Aliran menurun mensasarkan ke tahap sokongan 1.1745

Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 27 Julai terus memperlihatkan kecenderungan pasaran terhadap penjual aset berisiko. Kedudukan membeli merosot sementara kedudukan menjual meningkat, yang menyebabkan keseluruhan kedudukan bersih menurun. Hasil mesyuarat Federal Reserve secara tidak langsung mempengaruhi arah pergerakan mata wang euro, tetapi memandangkan pendirian Fed untuk tunggu dan lihat, ada lebih sedikit orang yang bersedia membeli dolar AS. Data laporan KDNK di AS dan zon eropah agak berbeza: di AS, laporan tersebut tidak memenuhi ramalan ahli ekonomi, dan di zon eropah, sebaliknya, indikator ternyata lebih baik daripada yang diramalkan, yang mendorong euro kepada pertumbuhan harga. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak lagi diambil kira dalam laporan COT semasa, jadi nampaknya keseimbangan kekuatan tetap memihak kepada penurunan harga. Laporan COT menunjukkan bahawa kedudukan membeli bukan komersial turun dari 208,669 kepada 202,245, sementara kedudukan menjual bukan komersial meningkat dari 162,847 kepada 164,119. Pada akhir minggu ini, kita dapat mengharapkan untuk menerima laporan penting mengenai perubahan jumlah pekerja di sektor bukan perladangan Amerika Syarikat, yang secara signifikan akan mempengaruhi arah pergerakan untuk pasangan mata wang EURUSD. Data yang kukuh akan memberikan momentum kenaikkan yang kuat untuk dolar AS, yang akan mengukuhkan kedudukannya, kerana Federal Reserve terus menyebut pemulihan yang lemah di pasaran buruh dalam ramalannya. Jumlah kedudukan bersih bukan komersial menurun dari 45,822 kepada 38,126. Tetapi harga penutupan mingguan sedikit meningkat dari 1.1791 kepada 1.1804.

Isyarat Indikator:

Pasangan mata wang EUR/USD kini berdagang di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kelebihan pada aliran menurun.

Moving averages

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Untuk aliran menaik, sempadan indikator lebih tinggi pada tahap 1.1808 akan bertindak sebagai rintangan. Sekiranya pasangan mata wang ini menurun, sokongan akan diberikan oleh sempadan bawah indikator pada tahap 1.1730.

Huraian Indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan garis kuning.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan garis hijau gelap.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan / Perbezaan - Moving Average Penumpuan / Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Kedudukan membeli (beli) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
  • Kedudukan menjual (jual) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara pesanan menjual dan membeli pedagang bukan komersial.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...