Pasangan mata wang USD/JPY
Semalam, kerugian dolar AS berbanding yen mencecah 37 mata. Harga telah mencapai tahap sasaran 109.20 dan berhenti di sana. Seperti yang telah kami nyatakan di dalam analisis yang terdahulu, penurunan harga di bawah tahap ini boleh menyebabkan penutupan pesanan dan harga akan jatuh hingga ke tahap 108.35. Masih ada tanda-tanda pembalikan menaik termasuk juga pada carta harian - garis isyarat Marlin Oscillator menunjukkan pembalikan harga seperti itu.
Menurut senario utama, harga seharusnya berada di atas tahap sasaran 109.80 - pertumbuhan harga yang berterusan di dalam pasaran saham dan indeks utama menetapkan rekod baru.
Marlin Oscillator juga muncul pada carta 4 jam. Tetapi harga dilihat masih berada di bawah tekanan, dan dari sudut praktikal, para pedagang disarankan untuk menunggu satu hari lagi sebelum memutuskan sama ada hendak membuka pesanan membeli atau menjual pasangan mata wang USD/JPY.