Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Emas berdagang dengan kecenderungan aliran menurun. Berpotensi untuk turun 30%

parent
Berita Analisis:::2021-08-18T07:32:42

Emas berdagang dengan kecenderungan aliran menurun. Berpotensi untuk turun 30%

Emas berdagang dengan kecenderungan aliran menurun. Berpotensi untuk turun 30%

Emas telah meningkat untuk beberapa sesi dagangan berturut-turut, menunjukkan pertumbuhan yang berterusan dan pada masa yang sama berhati-hati. Pada Selasa, nampaknya, entah bagaimana emas kehilangan momentum menaiknya. Sebelum ini, pembelian berterusan telah mendorong harga menghampiri ke tahap $1,800. Oleh itu, emas hampir mendapatkan kedudukannya selepas penjualan besar-besaran berikutan data kukuh di pasaran buruh Amerika Syarikat (AS).

Walau bagaimanapun, peningkatan jumlah pesanan membeli tidak membantu emas mengekalkan pergerakan menaik. Oleh itu, emas mula merosot semula. Selain itu, dolar AS menunjukkan kekuatan. Emas tidak mempunyai pilihan selain membuat penarikan semula harga. Dalam sesi dagangan New York, emas dilihat telah menguji tahap sokongan $1,780.

Menariknya, dolar AS tetap tidak dipengaruhi oleh data jualan runcit yang mencatatkan bacaan lebih lemah berbanding ramalan. Nampaknya pelaku pasaran dihalang oleh keinginan untuk melindungi diri dan membeli aset 'safe-haven'.

Tahap penting

Selepas emas menembusi tahap $1.780, penurunan harga berkemungkinan besar akan mendorong emas bergerak menuju ke tahap $1,776 dan $ 1,770, yang merupakan tahap rendah 16 Ogos. Pada masa yang sama, kenaikan harga di atas tahap $1,789 akan melemahkan pegangan penurunan harga dan menolak harga ke tahap $1,795 - $1,807.

Bolehkah emas kembali mengukuh semula?

Sebagaimana peraturan, aliran menaik kembali selepas 'sell-off' yang kuat disebabkan oleh faktor asas jangka pendek. Ini mungkin tidak berfungsi sekarang. Untuk meneruskan pergerakan menaik, emas perlu menguji tahap $1,800.

Penjualan emas secara besar-besaran pada awal bulan menunjukkan bahawa pelabur pada masa ini cenderung untuk menyingkirkan aset tersebut. Situasi serupa berlaku pada bulan Jun dan Januari. Kebiasaannya, emas secara perlahan menaik sedikit kemudian tiba-tiba ia jatuh ke bawah.

Kejatuhan harga yang berlaku awal bulan ini telah menyebabkan harga jatuh di bawah tahap sokongan jangka panjang. Walaupun begitu, secara teknikalnya, penurunan tidak mengubah trajektori emas secara signifikan. Tahap rendah April sebelumnya tidak diuji, walaupun harga berada hampi rdengan tahap tersebut.

Aliran menaik cenderung untuk meningkat hanya setelah emas kembali diniagakan di atas tahap $1,800. Pada masa ini, terdapat tahap sokongan jangka panjang dan Moving Average (MA) 50 hari yang kekal di tahap itu. Sekiranya emas menembusi di atas $1,814, ia akan menarik kenaikan harga saham ke pasaran setelah pembetulan tahunan.

Emas berdagang dengan kecenderungan aliran menurun. Berpotensi untuk turun 30%

Sekarang, jelas bahawa aliran menurun masih mendominasi pasaran. Pada Rabu, pedagang sedang menunggu penerbitan Minit Mesyuarat FOMC untuk bulan Julai walaupun hasilnya seolah-olah telah dapat diramalkan. Tidak perlu mencari petunjuk mengenai pengurangan program pembelian bon. Pegawai Fed telah secara terbuka membicarakannya dalam beberapa hari ini. Program QE berkemungkinan akan dikurangkan seawal September-November. Pengawal selia merancang untuk menyelesaikan pembelian aset sepenuhnya pada pertengahan tahun hadapan.

Kenyataan sedemikian telah melemahkan emas. Situasi semasa dapat dibandingkan dengan dinamik emas setelah krisis tahun 2008. Pada masa itu, puncak pertumbuhan emas bertepatan dengan kenaikan pasaran saham. Ia kemudiannya terus mempertahankan dinamika menaik, sementara emas memasuki fasa pembetulan. Ketika Fed mula memberi petunjuk mengenai pengurangan QE, sebut harga tersebut melampaui garis aliran menaik. Emas merosot sebanyak 30% atau 2/3 daripada rali. Barulah emas mula menurun sedikit demi sedikit.

Pada masa itu, emas berada di bawah tekanan sehingga Fed menaikkan kadar utama.

Sekiranya kali ini emas bergerak sama seperti yang berlaku dalam krisis terakhir, maka harga berpotensi untuk jatuh ke tahap $1.450 - $1.500. Aliran menaik boleh mendorong kenaikan harga di atas tahap yang ditunjukkan dan ia mungkin akan meneruskan pergerakan menaik. Pada masa ini, semuanya mungkin kerana aliran menaik dan menurun memiliki peluang yang sama banyak untuk mendahului di pasaran.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...