Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit
Pasangan mata wang EUR/USD sekali lagi diniagakan pada tahap mutlak pada Rabu. Selepas pasangan mata wang ini menunjukkan pergerakan turun naik dan trend yang cukup baik pada hari Selasa, semuanya kembali normal pada hari Rabu. Diingatkan bahawa dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pasangan mata wang ini telah bergerak secara berkala dalam aliran mendatar urusniaga harian dan dengan turun naik yang rendah. Oleh itu, volatiliti pada hari ini sebanyak 36 mata dicatatkan, di satu pihak, ia tidak mengejutkan sama sekali, tetapi di sisi lain, ia adalah tahap rendah mutlak. Kami bahkan tidak ingat kali terakhir pasangan mata wang euro/dolar AS bergerak begitu lemah. Hanya ada satu laporan makroekonomi yang diterbitkan pada hari Rabu, yang tidak menimbulkan reaksi pasaran. Kita bercakap mengenai inflasi di Kesatuan Eropah pada bulan Julai, yang mencatatkan bacaan 2.2% pada asas tahunan, dan tidak berubah berbanding bulan Jun. Teras inflasi hanya merekodkan 0.7% y/y dan tidak berubah berbanding bulan sebelumnya. Oleh itu, pedagang tidak memberikan sebarang reaksi pada waktu siang. Walaupun begitu, satu isyarat kemasukan pesanan membeli telah terbentuk hari ini. Isyarat ini adalah lantunan semula harga dari tahap 1.1707. Namun, setelah pembentukannya, harga gagak untuk naik walaupun 15 mata dan kembali diniagakan ke tahap 1.1707. Oleh itu, pedagang mempunyai hak untuk menggunakan isyarat ini dengan membuka pesanna membeli, tetapi pada separuh kedua hari, pasaran benar-benar mendatar, maka pesanan dagangan harus ditutup secara manual pada titik pulang modal. Pada lewat petang, isyarat kemasukan pesanan menjual lain telah terbentuk, tetapi ia pasti tidak dapat dilaksanakan. Pada masa ini, adalah tidak masuk akal untuk mengulangi bahawa kami menjangkakan penyambungan semula aliran menaik pada pasangan mata wang EUR/USD. Sebut harga berada di satu tempat, jadi anda perlu menunggu pergerakan menaik.
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 Jam
Gambaran dagangan kelihatan sama pada carta 1 Jam. Setelah harga menetap di bawah garis aliran menaik, harga pasangan mata wang ini jatuh ke tahap 17, tetapi pasangan gagal untuk mengatasinya sama ada semalam atau hari ini. Oleh itu, pergerakan menurun semakin dipersoalkan. Namun, pada masa yang sama, jika tahap ini berjaya ditembusi, maka pergerakan menurun cenderung untuk diteruskan dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.1670 dan 1.1633. Adalah tidak mungkin pergerakan harga ini kuat, kerana turun naik pasangan terus melemah. Pada Khamis, kami terus mengesyorkan kepada para pedagang untuk mempertimbangkan berdagang dari tahap dan garis penting. Tahap penting yang paling hampir pada masa ini adalah 1.1707, 1.1756, 1.1852, 1.1894, serta garis Senkou Span B (1.1802) dan Kijun-sen (1.1755). Garis indikator Ichimoku berpotensi untuk mengubah kedudukannya pada siang hari, yang harus diambil kira ketika mencari isyarat perdagangan. Isyarat boleh menjadi lantunan semula harga atau penembusan harga pada tahap dan garis ini. Jangan lupa untuk menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap awal jika harga bergerak 15 mata ke arah yang betul. Ini akan melindungi anda daripada kemungkinan kerugian sekiranya isyarat tersebut ternyata salah. Tidak ada laporan atau peristiwa penting di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pada hari Khamis, 19 Ogos. Walau bagaimanapun, ini tidak penting, kerana sejak dua hari perdagangan terakhir, pasaran telah berjaya mengabaikan beberapa laporan dari Kesatuan Eropah, dan ini adalah sama sekali tidak logik untuk bertindak balas terhadap data dari Amerika. Selain itu, pada hari Selasa, pertumbuhan dolar AS berkemungkinan adalah disebabkan oleh ketegangan yang berlaku di Afghanistan, dan pada hari Rabu, dolar terperangkap pada satu tempat. Oleh yang demikian, kalendar berita kosong tidak begitu penting sekarang. Pasangan mata wang ini telah menghabiskan tiga dari lima hari dagangan tanpa bergerak.
Kami juga mengesyorkan agar anda membiasakan diri dengan ramalan dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD.
Laporan COT
Pasangan mata wang EUR/USD jatuh 140 mata pada minggu pelaporan terakhir (3-9 Ogos). Oleh kerana mata wang Eropah pada umumnya jatuh dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tidak menghairankan bahawa laporan Komitmen Pedagang (COT) menunjukkan bahawa sentimen kenaikan harga telah melemah di kalangan pedagang profesional. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang euro/dolar AS telah menurun dalam beberapa minggu terakhir dengan sangat rentan, dan pemain utama secara besar-besaran telah berhenti menutup pesanan membeli dan membiarkan pesanan menjual terbuka. Sekumpulan pedagang bukan komersial telah membuka 11,000 pesanan membeli (Long) dan 18,000 pesanan menjual (Short) pada minggu pelaporan. Oleh itu, kedudukan bersih pedagang profesional menurun sebanyak 8,000 lagi. Walau bagaimanapun, petunjuk di bawah carta menunjukkan bahawa walaupun kedudukan bersih terus menurun, kadar penurunannya semakin berkurangan. Sebagai tambahan, seperti yang telah kita katakan, euro jatuh ke tahap 1.1700, di mana kemungkinan pembalikan menaik adalah sangat tinggi. Petunjuk pertama menunjukkan bahawa garis hijau dan merah (kedudukan bersih kumpulan "bukan komersial" dan "komersil") terus bergerak ke arah satu sama lain, yang bermaksud kelemahan tren kenaikan yang berterusan. Diingatkan bahawa apabila garis mula menyempit, ini bermaksud akhir trend semasa. Namun, pada masa yang sama, keadaan pada carta kelihatan seperti pembetulan. Oleh itu, kami percaya bahawa pada masa ini, kedua-dua indikator menunjukkan pembetulan. Seperti sebelumnya, kita tidak boleh lupa bahawa Rizab Persekutan belum menyelesaikan program rangsangan kuantitatif, susulan ekonomi AS terus dipam dengan wang, yang memprovokasi peningkatan inflasi dan peningkatan penawaran dolar dalam pasaran pertukaran asing. Oleh itu, kami masih menjangkakan penurunan baru dalam dolar. Sentimen pemain utama tetap meningkat kerana jumlah pesanan membeli masih melebihi jumlah pesanan menjual.
Penjelasan untuk carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan adalah tahap yang berfungsi sebagai sasaran ketika membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan pesanan Take Profit hampir ke tahap ini.
Garis Kijun-sen dan Senkou Span B adalah garis petunjuk Ichimoku yang dipindahkan ke carta 1 Jam dari carta 4 Jam.
Kawasan sokongan dan rintangan adalah kawasan dari mana harga berulang kali melantun semula.
Garis kuning adalah garis trend, saluran trend dan corak teknikal yang lain.
Indikator 1 pada carta COT adalah ukuran kedudukan bersih setiap kategori pedagang.
Indikator 2 pada carta COT adalah ukuran kedudukan bersih bagi kumpulan "bukan komersial".