Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 23 Ogos, 2021.

parent
Analisis Forex:::2021-08-23T08:40:46

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 23 Ogos, 2021.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Isyarat pasaran praktikal adalah sia-sia pada Jumaat yang lalu kerana sebahagian besar dagangan berlaku di sekitar tahap 1.3618. Selain itu, pedagang tidak begitu aktif sehingga tidak ada pergerakan harga yang kuat diperhatikan pada pasangan mata wang GBP/USD. Terdapat isyarat untuk membuka pesanan membeli yang bertepatan ketika garis MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold), tetapi itu tidak menyebabkan pergerakan menaik yang ketara.

Faktor yang mendorong kepada volatiliti pasaran rendah adalah kerana data yang dikeluarkan ternyata seperti yang diharapkan. Tetapi hari ini, pasaran berjanji akan lebih aktif kerana pada sebelah pagi, dijaduakan akan ada laporan mengenai aktiviti perniagaan di kedua-dua sektor, pembuatan dan perkhidmatan di UK. Angka yang lebih lemah dari yang dijangkakan akan berakhir dengan penurunan pasangan mata wang GBP/USD, sementara angka yang lebih baik akan mendorong kepada edikit kenaikan. Kemudian, pada sebelah petang, data serupa dijangkakan, tetapi kali ini data dari Amerika Syarikat. Mungkin akan berlaku pembetulan menaik pada pasangan mata wang ini, tetapi dengan syarat indikator mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding bulan lalu.

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 23 Ogos, 2021.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.3663 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3715 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang GBP/USD akan meneruskan pertumbuhan jika UK menerbitkan statistik makro yang kuat. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3636 dan 1.3603, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold) untuk mendorong kepada pembalikan pasaran ke tahap 1.3663 dan 1.3715.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.3636 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3603. Penurunan harga akan berlaku sekiranya UK mengeluarkan laporan ekonomi yang lemah. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.3663 dan 1.3715, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk memacu pembalikan pasaran ke tahap 1.3636 dan 1.3603.

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 23 Ogos, 2021.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang urus niaga harian..

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...