Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 24 Ogos (laporan COT). Aktiviti perniagaan di Amerika Syarikat semakin merosot.

parent
Analisis Forex:::2021-08-24T09:26:22

Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 24 Ogos (laporan COT). Aktiviti perniagaan di Amerika Syarikat semakin merosot.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 Jam.

Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 24 Ogos (laporan COT). Aktiviti perniagaan di Amerika Syarikat semakin merosot.

Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah meneruskan proses pertumbuhannya pada hari Isnin setelah ditutup di atas tahap pembetulan 100.0% (1.1704) menuju ke arah tahap 1.1772. Aktiviti pedagang pada hari pertama dalam seminggu adalah rendah. Walaupun begitu, mata wang Eropah terus berkembang. Peningkatan semula kadar pertukaran pasangan mata wang EUR/USD dari tahap ini akan memungkinkan kita untuk mengandaikan pembalikan harga yang memihak kepada mata wang AS dan kesinambungan semula kejatuhan harga ke arah tahap Fibo 100.0%. Penutupan harga di atas tahap 1.1772 akan meningkatkan kebarangkalian pertumbuhan harga yang selanjutnya ke arah tahap pembetulan seterusnya iaitu 76.4% (1.1837).

Sementara itu, latar belakang maklumat pada hari pertama minggu ini kuat. Di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS), aktiviti perniagaan di sektor perkhidmatan dan pembuatan menurun beberapa mata. Hal ini sangat penting bagi Amerika Syarikat kerana aktiviti perniagaan tersebut secara langsung berhubungan dengan kepantasan pemulihan ekonomi dan pasaran buruh. Dan kadar pemulihan ekonomi dan pasaran buruh yang tinggi, sukar bagi Fed untuk mula memperketatkan dasar monetari, yang kini banyak dibincagkan di pasaran.

Oleh itu, walaupun indeks aktiviti perniagaan mencatatkan penurunan di Amerika Syarikat dan di Kesatuan Eropah, laporan ini telah menyebabkan penurunan dolar AS, yang baru-baru ini berkembang tepat disebabkan oleh faktor kemungkinan pengumuman mengenai pengurangan pembelian aset program dalam beberapa minggu akan datang. Namun, setelah penyebaran strain delta COVID semakin meningkat di Amerika, dan laporan terbaru bukanlah yang terbaik, para pedagang tidak lagi percaya bahawa Fed akan bersedia untuk mengumumkan pemotongan program QE dalam waktu terdekat. Sudah tentu, adalah lebih baik untuk menyimpulkan simposium di Jackson Hole. Jerome Powell dijadualkan akan berucap pada majlis tersebut pada Jumaat. Tetapi setakat ini, ada lebih banyak prasyarat untuk fakta bahawa presiden Fed tidak akan tergesa-gesa untuk membuat kenyataan mengenai penghentian rangsangan monetari terhadap ekonomi AS.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 4 Jam.

Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 24 Ogos (laporan COT). Aktiviti perniagaan di Amerika Syarikat semakin merosot.

Berdasarkan kepada carta 4 Jam, harga pada pasangan mata wang EUR/USD telah membuat pembalikan harga yang memihak kepada mata wang EU setelah pembentukan perbezaan kenaikkan pada indikator MACD. Oleh itu, proses pertumbuhan berterusan ke tahap pembetulan 76.4% (1.1782). Peningkatan semula kadar pertukaran pasangan dari tahap ini akan menyokong dolar AS dan kesinambungan semula penurunan ke arah tahap pembetulan 100.0% (1.1606). Penutupan harga di atas 76.4% akan meningkatkan kebarangkalian pertumbuhan harga yang selanjutnya ke tahap Fibo seterusnya iaitu 61.8% (1.1890). Tidak ada perbezaan yang muncul hari ini.

Kalendar berita untuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah:

Pada 24 Ogos, kalendar peristiwa ekonomi di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat benar-benar kosong. Ini bermaksud bahawa hari ini tidak akan ada latar belakang maklumat. Walau bagaimanapun, pedagang sudah mempunyai banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dengan teliti, yang membolehkan mereka membuat keputusan perdagangan.

Laporan COT (Komitmen Pedagang):

Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 24 Ogos (laporan COT). Aktiviti perniagaan di Amerika Syarikat semakin merosot.

Laporan COT terbaru menunjukkan bahawa mod pedagang kategori "Bukan komersial" pada minggu pelaporan menjadi lebih "Bullish". Pemain utama telah membuka 21,602 kontrak pembelian dalam euro dan menutup 4,359 kontrak penjualan. Oleh itu, pedagang aliran menaik bersikap lebih aktif berbanding pedagang aliran menurun untuk pertama kalinya dalam dua bulan terakhir. Kejatuhan harga yang seterusnya dalam mata wang Eropah kini tidak semestinya berlaku seperti minggu sebelumnya. Pada masa ini, kelebihan masih memihak pada pelabur dalam mata wang Eropah kerana mereka mempunyai kontrak pembelian yang lebih banyak daripada kontrak penjualan. Berdasarkan kepada perkara ini, mod pedagang kategori "Bukan komersial", yang paling penting, kekal "bullish".

Ramalan dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD:

Hari ini, saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1772 pada carta 1 Jam kerana penutupan harga telah dibuat di atas tahap 1.1704. Kemasukan pesanan menjual disyorkan jika terdapat lantunan semula harga dari tahap 1.1772 pada carta 1 Jam dengan sasaran terletak pada tahap 1.1704.

Istilah:

"Bukan komersial" - pemain pasaran utama: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, swasta, pelabur besar.

"Komersial" - perusahaan komersial, firma, bank, syarikat, syarikat yang membeli mata wang asing, bukan untuk keuntungan spekulatif, tetapi untuk memastikan kegiatan semasa atau operasi eksport-import.

"Kedudukan yang tidak boleh dilaporkan" adalah pedagang kecil yang tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap harga.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...