Sesi dagangan semalam di pasaran mata wang Forex dipengaruhi oleh sentimen risiko, yang mana terdapat beberapa sebab. Saya akan mulakan dengan proses vaksinasi terhadap coronavirus. Pada awal minggu, Pfizer dan BioNTech telah menerima kelulusan penuh di Amerika Syarikat (AS), yang secara signifikan mempengaruhi kadar vaksinasi di Amerika Syarikat itu sendiri. Secara umumnya, kita harus mengakui bahawa sejak awal dagangan mingguan semasa, ketakutan peserta pasaran mengenai penyebaran varian Delta COVID-19 telah berkurangan dengan ketara. Bersama-sama dengan kenaikan harga komoditi, ini telah menyebabkan peningkatan sentimen risiko, di mana dolar AS gagal untuk meningkat. Kini perhatian para pelabur tertumpu pada simposium ekonomi di Jackson Hole, yang dijadualkan akan bermula pada Jumaat.
Diharapkan Pengerusi Sistem Rizab Persekutuan AS (FRS), Jerome Powell, dapat menjelaskan bila jabatan yang dipimpinnya akan mula mengurangkan rangsangan monetari. Pertama sekali, ini berkaitan dengan pengurangan jumlah program pembelian aset. Sekiranya kita menyentuh topik statistik makroekonomi, data semalam mengenai aktiviti pembuatan dari Federal Reserve Bank of Richmond menunjukkan penurunan yang ketara, yang juga tidak menjadi nilai tambah bagi dolar AS. Hari ini sangat kaya dengan pelbagai data asas. Jadi, pada jam 09:00 waktu London, data mengenai indeks keadaan, jangkaan, dan iklim perniagaan semasa dari IFO akan dikeluarkan dari Jerman. Selepas makan tengah hari, pada jam 13:30 (waktu London), AS pula akan menerbitkan laporan mengenai pesanan untuk barangan tahan lama. Itu sahaja, dan sekarang mari kita lihat perubahan apa yang telah berlaku pada carta harga pasangan mata wang utama.
Carta Harian
Seperti yang telah disebutkan, keinginan para pelabur untuk mengambil risiko telah menjadi jenaka kejam terhadap dolar AS, dan ia merosot di sebilangan besar pasaran. Khususnya, pasangan mata wang EUR/USD, apabila ia mengakhiri dagangan pada 24 Ogos, meningkat pada tahap 1.1757. Ia berada di atas tahap sokongan 1.1752 yang ditembusi. Oleh itu, penembusan harga pada tahap tersebut harus dianggap palsu, sekurang-kurangnya pada tahap masa ini. Sewaktu menulis artikel ini, pasangan mata wang ini dilihat menunjukkan arah aliran menurun dan diniagakan berhampiran tahap 1.1740. Sekiranya sentimen pasaran berubah dan harga kembali meningkat, sasaran seterusnya yang berkemungkinan pada adalah garis Kijun biru pada indikator Ichimoku, yang terletak pada tahap 1.1787. Untuk mengukuhkan lagi sentimen kenaikkan harga pasangan mata wang EUR/USD, adalah penting untuk menembusi Kijun dan kembali berdagang di atas tahap utama 1.1800. Tugas utama pedagang aliran menurun adalah pengembalian harga di bawah garis Tenkan merah dengan indikator yang sama, diikuti dengan ujian harga pada tahap 1.1700. Sekiranya euro berjaya menjalankan kedua-dua tugas ini, ia sekali lagi akan bertemu dengan tahap sokongan kuat 1.1665, di mana tahap minimum dagangan ditunjukkan pada 19-20 Ogos tahun ini.
Carta 1 Jam
Beralih ke carta 1 Jam, saya akan menerangkan secara ringkas idea dagangan yang dapat anda lakukan pada hari ini. Saya akan segera memaklumkan bahawa oleh kerana pasangan mata wang EUR/USD tidak begitu jelas, terdaoat pilihan untuk kemasukan pesanan pembelian dan penjualan. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mempertimbangkan kemasukan pesanan pembelian selepas penurunan EMA 200 oren dan EMA 89 hitam dari zon harga 1.1735-1.1730. Isyarat pengesahan untuk membuka pesanan membeli adalah penampilan graf lilin yang selari. Dalam keadaan yang sama, kami mempertimbangkan penjualan setelah harga naik ke kawasan 1.1745-1.1755. Dalam kedua-dua kes ini, saya menasihati para pedagang untuk mengehadkan diri anda dengan keuntungan sebanyak 25-30 mata. Ini adalah kerana keadaan pasaran yang sangat tidak stabil, yang cenderung untuk berubah pada bila-bila masa.