Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Gelombang Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 25 Ogos, 2021

parent
Analisis Forex:::2021-08-25T10:36:51

Analisis Gelombang Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 25 Ogos, 2021

Pasangan mata wang EUR/USD, carta 4 Jam:

Analisis Gelombang Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 25 Ogos, 2021

Mari menganalisis keadaan pasangan mata wang EUR/USD.

Gelombang impulsif besar dilihat sedang dibentuk pada pasangan mata wang EUR/USD dalam jangka panjang, di mana gelombang pembetulan 4 baru-baru ini telah dibangunkan. Melihat kepada carta empat jam, ini menunjukkan bahawa gelombang pembetulan 4 telah memperoleh bentuk gelombang satah dan kelihatan lengkap dengan sub-gelombang [A]-[B]-[C].

Sekiranya ramalan kami ini adalah tepat, maka harga berkemungkinan besar akan meningkat dan dalam masa terdekat, membentuk bahagian awal gelombang kelima. Sekarang, mari kita mempertimbangkan penandaan bahagian terakhir carta 1 Jam.

Pasangan mata wang EUR/USD, carta 1 Jam:

Analisis Gelombang Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 25 Ogos, 2021

Ini dapat dilihat bahawa gelombang pembetulan 4 pada tahap gelombang yang lebih tinggi telah berakhir dengan gelombang impulsif menurun [C], yang terdiri daripada lima sub-gelombang utama (1)-(2)-(3)-(4)-( 5). Selepas itu, harga berubah dan mula bergerak ke arah menaik.

Pada tahap gelombang yang lebih kecil, bahagian terakhir carta dipertimbangkan, di mana bahagian awal dorongan kenaikkan baru dibangunkan. Nampaknya, impulsif lima gelombang (1), yang terdiri dari sub-gelombang 1-2-3-4-5, telah selesai, dan pembetulan menurun kecil (2) telah dibangunkan. Oleh itu, harga cenderung untuk terus meningkat dalam masa terdekat, dan kita akan melihat perkembangan dorongan (3).

Sasaran yang paling hampir adalah pada tahap 1.1806, di mana pengembangan pembetulan kecil 4 sudah dilakukan.

Cadangan dagangan:

Berdasarkan kepada perkara di atas, pasangan mata wang ini dijangka akan meningkat dalam masa terdekat. Dalam kes ini, adalah mungkin untuk mempertimbangkan kemasukan pesanan membeli dengan mensasarkan ke tahap 1.1806.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...