Carta 4 Jam
Maklumat teknikal:
Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menurun.
Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menurun.
Moving Averages (MA)(20) - mendatar.
CCI: 8.7431
Mata wang pound Britain yang berpasangan dengan dolar AS pada Khamis membuat percubaan lain untuk memulakan aliran menaik baru. Dalam gambaran pada carta 4 Jam, kesemua pergerakan pada beberapa minggu terakhir kelihatan sangat mengagumkan. Namun, pada hakikatnya, mereka jauh lebih lemah. Sekiranya semua pergerakan pada carta adalah lemah, maka tren secara automatik akan meningkat, dan ia menjadi lebih kuat secara visual. Walau bagaimanapun, carta turun naik yang disediakan di bawah tidak tahu untuk berbohong. Dan kita dapat melihat bahawa sejak akhir bulan Julai, turun naik bagi pasangan mata wang pound/dolar AS telah menurun dengan sangat ketara. Dari sudut gambaran teknikal, gambarannnya hampir sama dengan pasangan mata wang euro/dolar AS. Harga juga berjaya mencapai tahap sasaran (kawasan) untuk pembetulan global sebanyak beberapa kali (dalam kes kami, 1.3600-1.3666). Pasangan mata wang ini tidak dapat melanjutkan aliran menurun selepas itu dan ia dilihat telah berusaha untuk memulakan tren menaik baru selama beberapa minggu. Namun, setakat ini, percubaan pasangan mata wang ini masih belum berhasil, yang membuat kita memikirkan pilihan alternatif. Walau bagaimanapun, dari sudut gambaran kami, sebahagian besar faktor teknikal dan fundamental memberikan isyarat untuk menyokong semula kenaikan euro dan kenaikan pound. Namun, pada masa ini, pasaran dan pedagang berada dalam keadaan yang sangat gementar. Selain itu, adakah volatiliti pasaran menurun? Ia adalah penurunan untuk aktiviti pasaran. Dan mengapa aktiviti untuk mata wang euro jatuh hampir kepada sifar, sementara untuk mata wang pound - mencapai tahap yang sangat rendah? Ya, ini berlaku kerana pedagang tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan kedua-dua pasangan utama ini sekarang. Itulah sebabnya mengapa mata wang euro secara praktikalnya tidak bergerak, dan pound terus berada di antara tahap 36 dan 42 selama lebih dari enam bulan. Sudah tentu, ucapan Jerome Powell pada hari ini akan dapat memberikan kesan yang sangat kuat terhadap pasaran, dan juga dolar AS. Walau bagaimanapun, kami juga percaya bahawa ucapan Powell mungkin akan menjadi seburuk mungkin. Di UK minggu ini, sama sekali tidak ada acara ekonomi dan penerbitan laporan penting.
Tetapi, sayangnya, topik "coronavirus" kembali menduduki tempat pertama di dunia dari segi kepentingan. Berita terkini mengenai topik ini menunjukkan bahawa manusia hanya akan mendapat kemenangan sekiranya berjaya menghadapi komplikasi dan pulih dari "coronavirus". Terdapat lebih sedikit kes seperti penemuan vaksin, dan individu yang sudah menerima vaksin lengkap tidak dimasukkan ke hospital. Namun, pada masa yang sama, beberapa laporan dari berbagai sumber telah mengatakan bahawa keberkesanan vaksin terhadap "strain delta" adalah amat rendah. Keberkesanan perlindungan imun setelah vaksinasi menurun dalam tempoh 6-12 bulan berikutnya, dan kebanyakan penduduk berkemungkinan akan memerlukan vaksinasi ketiga. Pada masa yang sama, jumlah kes jangkitan Covid-19 telah meningkat selama beberapa minggu berturut-turut di AS dan UK. Sementara di Britain, 80% penduduk telah menerima kedua-dua dos vaksinasi, dan di Amerika - jumlah warganegara yang telah menerima dos lengkap vaksinasi dilaporkan melebihi 50%. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang "coronavirus" daripada terus menjangkiti manusia. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, sekitar 150,000 orang dilaporankan positif Covid-19 setiap hari. Di UK - puratanya adalah 33 ribu orang. Pada waktu yang sama, di UK, puncak "gelombang" semasa menurun pada pertengahan bulan Julai, dan kebanyakan orang percaya bahawa jumlah jangkitan hanya akan berkurang pada masa ini. Namun, pada kenyataannya, ia merekodkan pertumbuhan dalam beberapa minggu terakhir. Di beberapa buah negeri di Amerika, bebanan pekerja sistem kesihatan dilaporkan amat tinggi, kerana jumlah jangkitan dan jumlah kemasukan ke hospital yang semakin meningkat. Secara umumnya, seluruh dunia sedang berada di ambang konfrontasi lain dengan wabak ini.
Walaupun kini telah ramai penduduk yang telah menerima suntikan vaksinasi, adalah mustahil untuk meramalkan bagaimana vaksin akan melindungi individu daripada dijangkiti wabak. Malangnya, jika jumlah kes pesakit terus bertambah, itu pasti akan menyebabkan ekonomi semua negara dunia juga akan perlahan sekali lagi. Walaupun kita hanya mempertimbangkan ekonomi negara-negara yang kita minati (EU, USA, UK), ini masih merupakan penurunan dalam langkah pemulihan. Walaupun tidak ada pengenalan arahan perintah baru dan "pperintah berkurung". Dan tidak mudah untuk meneka apa yang akan berlaku di pasaran pertukaran asing jika COVID terus menular. Selain itu, peningkatan kes positif Covid-19 sedang berlaku sekarang. Dan menjelang kedatangan musim yang lebih sejuk, adalah tidak mungkin jumlah penyakit akan berkurangan. Oleh itu, dolar AS atau pound tidak mungkin mempunyai kelebihan sekarang dalam jangka masa sederhana. Namun dalam jangka masa panjang, semua perkara menyokong penurunan baru dolar AS.
Purata volatiliti pasangan mata wang GBP/USD pada masa ini adalah 71 mata sehari. Untuk pasangan mata wang pound/dolar AS, nilai ini dianggap sebagai "purata". Pada Jumaat, 27 Ogos, kami menjangkakan pergerakan harga di dalam saluran, dihadkan oleh tahap 1.3629 dan 1.3771. Pembalikan menaik indikator Heiken Ashi akan menandakan kemungkinan pergerakan menaik semula.
Tahap sokongan paling hampir:
S1 - 1.3672
S2 - 1.3611
S3 - 1.3550
Tahap rintangan paling hampir:
R1 - 1.3733
R2 - 1.3794
R3 - 1.3855
Cadangan dagangan:
Pasangan mata wang GBP/USD telah ditetapkan di bawah garis Moving Average pada carta 4 jam. Oleh itu, para pedagang dinasihatkan untuk membuka pesanan menjual pada hari ini dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.3672 dan 1.3629 sehingga indikator Heiken Ashi beralih kepada menaik. Kemasukan pesanan membeli harus dipertimbangkan sekiranya berlaku pengukuhan harga di atas garis Moving Average dengan sasaran terletak pada tahap 1.3771 dan 1.3794 dan membiarkan pesanan terus dibuka sehingga Heiken Ashi beralih kepada menurun.