Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Saham AS mencapai paras tertinggi

parent
Analisis Forex:::2021-08-30T09:10:27

Saham AS mencapai paras tertinggi

Saham AS mencapai paras tertinggi

Pasaran AS mencecah paras tinggi selepas Simposium Jackson Hole.

Indeks Amerika Syarikat (AS) menutup dagangan mingguan dengan pertumbuhan. Dow Jones menambah 0.7%, indeks S&P 500 meningkat 0.9%, dan komposit NASDAQ meningkat 1.2%.

Saham syarikat teknologi adalah yang merekodkan keuntungan terbesar. Ini tidak menghairankan kerana mereka adalah peneraju kitaran ekonomi semasa.

Pasaran Asia diniagakankan bercampur-campur. Pasaran saham China turun 0.3%, sementara pasaran saham Jepun naik 0.5%.

Untuk pasaran komoditi, minyak mentah Brent berada pada paras tinggi. Niaga hadapan minyak mentah Brent untuk Oktober menutup sedikit lebih rendah pada $73-72.80

Semalam, terdapat penurunan kes baru coronavirus kepada 452,000 di seluruh dunia. Pada Ahad, jumlahnya terus menurun kerana pada hari-hari sebelumnya, kes baru berkembang pesat sekitar 700,000 kes sehari. AS mencatatkan jumlah kes baru tertinggi - 100,000 sehari. Di Rusia, terdapat penurunan bermusim di Moscow dan St Petersburg kepada 1.400 - 1.600 kes. Di Eropah, kira-kira 60% populasinya telah menerima vaksin lengkap.

Minggu ini, pedagang menunggu data makroekonomi AS untuk bulan Ogos. Pada Rabu dan Jumaat, AS dijadualkan akan mengeluarkan laporan mengenai indeks Pembuatan dan Perkhidmatan ISM, serta laporan pekerjaan untuk bulan Ogos. Indikator diramalkan akan mencatatkan bacaan yang sangat kuat. Menurut ramalan, ekonomi AS menawarkan sebanyak 800,000 pekerjaan baru pada bulan Ogos dan kadar pengangguran jatuh kepada 5.2%, angka yang boleh diterima.

S&P 500 diniagakan pada paras 4.509. Ia berkemungkinan akan berada sekitar paras 4.470-4.530. Indeks berjaya menembusi paras 4.500 untuk pertama kalinya dalam sejarah. Pada penutupan minggu lalu, Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell mengesahkan bahawa pengawal selia mungkin akan memulakan pemotongan program QE pada bulan November-Disember. Fed "menyatukan" rancangan untuk mula mengurangkan $120 bilion dalam pembelian bon bulanan. Keputusan akhir akan diumumkan dalam pertemuan Fed pada 20 September. Terdapat khabar angin bahawa Fed dapat mengurangkan program pembelian bon pada kadar $15 bilion sebulan dan pemotongan penuh pada pertengahan 2022. Pedagang tidak menyifatkan acara ini secara negatif. Powell cuba menenangkan peserta pasaran dengan sehabis boleh, mengulangi sekali lagi bahawa beliau menganggap paras inflasi tinggi sekarang hanya bersifat sementara. Beliau percaya bahawa inflasi akan segera jatuh ke paras sasaran 2%.

Pada Isnin, Amerika Syarikat melaporkan kesan Taufan Ida di Louisiana. New Orleans dibiarkan tanpa kuasa. Ini adalah taufan terkuat selepas taufan Katrina melanda pada 16 tahun lalu. Di Eropah, ahli politik membincangkan larangan ketat penerbangan ke Amerika Syarikat pada hari ini susulan peningkatan kes baru coronavirus di AS.

Indeks dolar AS diniagakan pada paras 92.60. Ia cenderung berada dalam julat 92.30–92.90. Dolar AS merosot berbanding sekumpulan enam pesaing utama yang lain pada akhir minggu ini. Dolar AS berkemungkinan akan diniagakan dalam julat semasa sehingga mesyuarat Fed pada bulan September.

Pasangan mata wang USD/CAD diniagakan pada paras 1.2620. Ia berkemungkinan akan kekal berdagang di sekitar paras 1.2580-1.2680. Pasangan mata wang ini akhirnya mula bertindak balas dengan penurunan terhadap kenaikan harga minyak. Sekiranya minyak membuat percubaan untuk mencapai paras harga $75, pasangan mata wang ini cenderung jatuh lebih rendah ke paras 1.2400.

Oleh itu, dagangan cenderung berkembang dengan perlahan kerana pelabur menunggu penerbitan laporan makroekonomi penting dari AS.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...