Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 2 September, 2021

parent
Analisis Forex:::2021-09-02T06:38:12

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 2 September, 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Euro naik sebanyak 15 pips pada pagi Rabu, sebagaimana isyarat untuk kemasukan pesanan membeli adalah bertepatan dengan garis MACD berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold). Walau bagaimanapun, ia tidak diikuti oleh pertumbuhan selanjutnya kerana indikator telah beralih ke kawasan terlebih belian (overbought), yang secara signifikan telah menghadkan potensi kenaikan pasangan mata wang ini. Tetapi setelah beberapa ketika, pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya memperoleh 35 pip lagi, sebagaimana garis MACD naik dari sifar.

Pemacu kepada pertumbuhan ini adalah statistik kuat dari zon Eropah, yang mencatatkan bacaan melebihi ramalan. Namun pada sebelah petang, pasangan mata wang ini menyaksikan sedikit penurunan, ketika AS mengeluarkan data pekerjaan yang ternyata lebih baik dari yang dijangkakan.

Hari ini, dijadualkan akan ada laporan lain dari zon Eropah, tetapi kali ini mengenai inflasi. Peningkatan PPI akan mendorong kepada kenaikan pasangan mata wang EUR/USD, sementara penurunan dalam PPI akan mengakibatkan kejatuhan pasangan mata wang ini.

Terdapat juga data mengenai tuntutan pengangguran AS dan imbangan dagangan asng, yang cenderung menyebabkan kejatuhan harga lebih rendah sekiranya data tersebut merekodkan bacaan melebihi jangkaan.

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 2 September, 2021

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.1854 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1888 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meningkat lebih tinggi sekiranya inflasi EU mencatakan bacaan melebihi jangkaan. Adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik darinya.

Adalah mungkin untuk membeli euro pada tahap 1.1830 dan 1.1795, tetapi garis indikator MACD harus berada di kawasan terlebih jualan (oversold) untuk mendorong pembalikan pasaran ke tahap 1.1854 dan 1.1888.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.1830 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1795. Penurunan harga akan berlaku sekiranya zon Eropah mengeluarkan data lemah mengenai harga pengeluar dan jika AS menerbitkan laporan pasaran buruh yang memberangsangkan. Adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Adalah mungkin untuk menjual euro pada tahap 1.1854 dan 1.1888, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk mendorong pembalikan pasaran ke tahap 1.1830.

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 2 September, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang urusniaga harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...