Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD. Data bukan perladangan dan hasil mesyuarat ECB akan menentukan pergerakan pasangan mata wang

parent
Analisis Forex:::2021-09-03T07:24:11

EUR/USD. Data bukan perladangan dan hasil mesyuarat ECB akan menentukan pergerakan pasangan mata wang

Pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan penembusan harga pada tahap rintangan 1.1850 dan menetapkan sasaran yang seterusnya pada tahap 1.1900. Penembusan harga pada tahap ini akan berfungsi sebagai isyarat untuk pembalikan global, sementara itu, pertumbuhan harga harus dianggap sebagai pembetulan berskala besar yang disebabkan oleh ketidaktentuan Jerome Powell, kenaikan inflasi Eropah, dan komen buruk dari beberapa wakil ECB. Pergerakan berayuh ke arah mata wang Euro, namun terdapat banyak peristiwa penting dijaduakan akan dikeluarkan pada beberapa hari akan datang, yang dengan jelas dapat mengubah gambaran asas bagi pasangan mata wang EUR/USD. Acara pertama siri ini sudah dijadualkan pada hari ini - Laporan Gaji Bukan Perladangan AS akan mencerminkan kadar pemulihan pasaran buruh di Amerika Syarikat (AS).

EUR/USD. Data bukan perladangan dan hasil mesyuarat ECB akan menentukan pergerakan pasangan mata wang

Pasangan mata wang utama ini telah berkembang selama dua minggu berturut-turut. Sekiranya kita melihat kepada carta mingguan, dapat diperhatikan bahawa pergerakan harga seperti gelombang. Pada September-November tahun lalu, pasangan mata wang ini diniagakan sekitar tahap 1.1600-1.1870, setelah itu terdapat dorongan menaik, yang membawa harga berdagang di sekitar tahap 1.2000-1.2300. Pasangan mata wang ini diniagakan di kawasan ini hingga Mac tahun ini apabila ia tidak turun ke tahap terendah 1.17 setelah berlakunya gelombang inflasi AS. Diingatkan bahawa inflasi AS tidak memberi kebimbangkan terhadap kebanyakan anggota Fed. Mereka mengatakan bahawa pertumbuhan IHP disebabkan oleh faktor sementara dan kesan dari asas rendah tahun lalu. Memberi reaksi kepada retorik ini, pasangan mata wang EUR/USD menghampiri tahap tinggi tahunan pada awal musim panas sekali lagi, melonjak ke sempadan angka 23. Walau bagaimanapun, pembeli pasangan mata wang EUR/USD tidak kekal di kawasan harga ini: pengukuhan retorik "hawkish" di pihak Fed dan jangkaan pemotongan program QE akan mendorong kepada kejatuhan dolar AS, selepas itu pasangan mata wang ini mengemas kini tahap rendah tahunannya, 1.1664 pada awal Ogos. Ia adalah merupakan tahap rendah gelombang menurun yang berikutnya, diikuti oleh gelombang menaik.

Ini dapat dilihat bahawa dinamika harga semasa "sesuai" dengan algoritma umum pergerakan harga. Pasangan mata wang ini telah diniagakan dalam julat harga yang luas dari 1.16-1.23 selama satu tahun dan kini berada pada tahap pemulihan setelah mencapai titik rendah pada julat global. Satu-satunya persoalan sekarang ialah sama ada harga akan mencapai had atas julat ini atau pembalikan seterusnya akan berlaku lebih awal.

Jawapan kepada persoalan ini akan terdiri daripada beberapa teka-teki. Laporan mengenai Gaji Bukan Perladagan Ogos, serta hasil mesyuarat ECB pada bulan September, akan menentukan arah pergerakan selanjutnya untuk pasangan mata wang ini.

Mari kita mulakan dengan pengumuman laporan ekonomi pada hari ini. Kita boleh menilai semula laporan Gaji Bukan Perladangan pada Julai yang merekodkan bacaan melebihi semua harapan pakar. Data keluar di "zon hijau", dan bahkan kadar pertumbuhan gaji ternyata lebih baik dari yang diramalkan, walaupun terdapat harapan yang cukup optimis. Pertumbuhan kadar purata gaji (+0.4% bulan ke bulan dan +4.0% tahun ke tahun) melengkapkan hasil yang mengagumkan berkaitan dengan peningkatan jumlah pekerja yang bekerja dalam sektor bukan perladangan (943 ribu). Kadar pengangguran tidak mengecewakan, yang mencapai 5.4% bertentangan dengan ramalan pertumbuhan sehingga 5.7%. Indikator pelepasan utama telah berkembang secara konsisten selama empat bulan terakhir: pada bulan April, 278 ribu pekerjaan ditawarkan, pada bulan Mei - 580 ribu, pada bulan Jun - 938 ribu (angka bulan Jun disemak semula menaik berbanding nilai sebelumnya 850 ribu), dan terakhir, pada bulan Julai - sebanyak 943 ribu.

Menurut ramalan awal, bacaan pada bulan Ogos juga tidak boleh mengecewakan. Tahap pengangguran di Amerika harus menurun kepada 5.2%, dan kadar pertumbuhan jumlah pekerja Bukan Perladangan harus meningkat sebanyak 750 ribu. Di satu pihak, laporan Bukan Perladangan "didorong" ke dalam perangkap harapan yang meningkat. Sebaliknya, data penting di pasaran buruh telah dikeluarkan di "zon hijau" selama beberapa bulan berturut-turut, bahkan melebihi ramalan pakar yang paling optimis. Sekiranya tradisi yang tidak biasa ini tidak digagalkan hari ini, dolar AS akan mendapat sokongan yang signifikan di seluruh pasaran, termasuk pada pasangan mata wang dengan euro.

Pada gilirannya, mata wang Euro juga menunggu peristiwa penting, yang akan berlangsung minggu depan - iaitu pada 9 September. Mesyuarat ECB dijadualkan akan berlangsung pada tarikh tersebut, yang akan menentukan nasib euro sekurang-kurangnya dalam jangka masa sederhana.

Pada akhir bulan Ogos, agensi berita Reuters menemubual lebih daripada 30 pakar mengenai prospek dasar monetari ECB. Sebilangan besar penganalisis yang disurvei menyatakan keyakinan bahawa keputusan pengurangan PEPP secara beransur-ansur akan dibuat oleh pengawal selia Eropah tidak lebih awal dari bulan Disember tahun ini. Pada masa yang sama, kebanyakan dari mereka juga memperhatikan risiko yang berpotensi susulan daripada pelaksanaan ramalan ini. Menurut mereka, jumlah kes coronavirus baru di negara-negara EU masih terus meningkat, dan ketidakpastian mengenai perkembangan situasi COVID-19 masih ada (ini terutamanya berlaku untuk tempoh musim luruh-musim sejuk). Sekiranya keadaan epidemiologi bertambah buruk, Bank Pusat Eropah berkemungkinan besar akan terus membeli bon pada kadar semasa sehingga akhir tahun untuk mengelakkan kenaikan hasil yang tidak diingini. Oleh itu, keputusan untuk mengurangkan insentif boleh dibuat pada bulan Februari atau bahkan pada salah satu mesyuarat musim bunga.

EUR/USD. Data bukan perladangan dan hasil mesyuarat ECB akan menentukan pergerakan pasangan mata wang

Andaian seperti ini tidak bersesuaian dengan komen terbaru dari beberapa pegawai ECB, yang pada minggu ini meminta untuk mempertimbangkan pengurangan program pembelian aset kecemasan. Tetapi, pertamanya, pasaran hanya tertumpu pada pernyataan 'hawkish' ECB (ketua Bank Austria dan ketua Bank Pusat Belanda), sementara kebanyakan rakan mereka kurang tekad. Sebagai tambahan, program APP yang "disempurnakan" kemungkinan besar akan menggantikan PEPP.

Semua ini menunjukkan bahawa kitaran kenaikan semasa pasangan mata wang EUR/USD cenderung untuk berakhir pada separuh pertama bulan September, tanpa mencapai sempadan tahap 1.20. Ujian pertama untuk pedagang pasangan mata wang EUR/USD sudah tersedia pada hari ini. Dalam kes ini, adalah lebih baik untuk mengambil langkah tunggu dan lihat sebelum pengumuman laporan Bukan Perladangan, kerana angka yang diterbitkan dapat "menggambarkan" gambaran asas bagi pasangan ini, mendorong kepada pengukuhan atau penurunan mata wang AS dengan ketara.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...