Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan Awal Pasangan Mata Wang GBP/USD, 09.09.2021

parent
Analisis Forex:::2021-09-09T09:56:59

Ramalan Awal Pasangan Mata Wang GBP/USD, 09.09.2021

Hari ini, trajektori masa depan euro dan mata wang lain bergantung kepada keputusan Bank Pusat Eropah (ECB). Sebilangan besar penganalisis yakin bahawa dolar AS berkemungkinan akan mengalami kenaikan berikutan hasil pertemuan pada hari ini. Tidak ada keraguan bahawa parameter dasar monetari tidak akan berubah. Namun, untuk mengatasi inflasi zon Eropah yang melambung tinggi, bank pusat perlu mengurangkan program pelonggaran kuantitatif (QE) dan menaikkan kadar faedah. Paling tidak, pelan tindakan seperti itu dicadangkan dalam dokumen rasmi pengawal selia. Paling penting, Rizab Persekutuan AS menggunakan langkah-langkah sedemikian dalam keadaan yang serupa. Walau bagaimanapun, ECB sangat ragu-ragu, yang menimbulkan kebimbangan terhadap peserta pasaran. Kenyataannya adalah bahawa keadaan ekonomi mungkin bertambah buruk dan pengawal selia tidak akan mempunyai pilihan selain mempercepatkan pengetatan dasar monetari. Sekiranya ini berlaku, ia mungkin berlaku tanpa sebarang amaran.

Oleh itu, pelabur cenderung mengalami kerugian yang besar. Itulah sebabnya Fed begitu berhati-hati ketika membuat pengumuman mengenai keputusannya untuk menamatkan program QE dan menaikkan kadar penanda aras. Pengawal selia juga mengulas mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah yang ebih awal. Walau bagaimanapun, ECB nampaknya tidak mengendahkan keadaan semasa. Faktor yang mendorong kepada tingkah laku ini adalah kebimbangan pengawal selia tentang kadar pertumbuhan ekonomi, dan juga kadar pengangguran yang tinggi. Sebenarnya, keadaan makroekonomi keseluruhan di Eropah adalah jauh lebih buruk berbanding di Amerika Syarikat. Oleh itu, pengetatan dasar monetari boleh menjejaskan pemulihan ekonomi. Ahli ekonomi percaya bahawa jika pengawal selia tidak mengambil langkah sedemikian, keadaan akan bertambah buruk dan menjadi lebih sukar untuk mengimbangi impak negatif. Atas sebab ini, dolar AS kelihatan lebih menarik bagi pedagang berbanding euro.

Kadar Faedah ECB:

Ramalan Awal Pasangan Mata Wang GBP/USD, 09.09.2021

Pergerakan menurun dari tahap rintangan 1.3880 akan mendorong harga kembali diniagakan ke tahap 1.3750 di mana terdapat sedikit penurunan harga. Tahap Fibonacci 23.6 bertindak sebagai sokongan. Namun, dengan mempertimbangkan pemulihan yang berkaitan dengan pembetulan, aliran menurun masih memiliki peluang untuk menolak pasangan mata wang ke tahap lebih rendah.

Indikator teknikal RSI berada di atas garis 30, menunjukkan bahawa dolar AS tidak mengalami keadaan terlebih jualan (oversold)

Menurut carta harian, kita dapat melihat pergerakan pemulihan setelah pembetulan harga pada baru-baru ini.

Prospek

Penyatuan harga di bawah tahap Fibonacci 23.6-1.3750 cenderung untuk menyebabkan penurunan harga secara beransur-ansur. Pedagang mengharapkan pemulihan harga sepenuhnya sebagai sebahagian daripada pembetulan.

Analisis indikator kompleks memberikan isyarat kemasukan pesanan menjual pada carta jangka pendek dan urus niaga harian berikutan penurunan harga dari tahap rintangan 1.3880.

Ramalan Awal Pasangan Mata Wang GBP/USD, 09.09.2021

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...